Tuesday, 20 March 2012

Fenomena Ekuinoks 20 Mac 2012




 Dalam kajian astronomiekuinoks ialah peristiwa apabila Matahari boleh diperhati tepat di atas khatulistiwa Bumi, sekitar 20 Mac dan 22 September setiap tahun. Pada hari ke-21, bulan terakhir setiap suku tahun dalam takwim suria terjadinya ekuinoks atau solstis. Pada tarikh-tarikh inilah waktu malam dan siang sama jangka masanya manakala Matahari melintas khatulistiwa cakerawala (iaitu, keserongan 0 darjah). 
Secara teknikal, ekuinoks terjadi apabila Matahari terletak di satu daripada dua titik bertentangan di sfera cakerawala iaitu bersilangnya khatulistiwa cakerawala dan ekliptik. Lebih lanjut lagi, ekuinoks merupakan dua hari dalam setiap tahun apabila pusat Matahari meluangkan tempoh masa yang sekata di atas dan bawah ufuk di setiap lokasi di Bumi. Perkataan ekuinoks berasal daripada perkataan bahasa Latin aequus (bersamaan) dan nox (malam).

Mengikut teori, waktu siang lebih lama berbanding waktu malam di satu ekuinoks. Dari Bumi, Matahari kelihatan sebagai sekeping cakera dan bukannya setompok cahaya yang tunggal; maka, apabila pusat Matahari di bawah ufuk, maka sisi atasnya kelihatan. Lebih-lebih lagi, atmosfera membiaskan cahaya; maka, sekalipun sisi atas Matahari di bawah ufuk, sinarnya mencapai ke atas ufuk ke bumi. 

Dalam jadual matahari terbit/terbenam, anggaran semi-diameter (jejari) Matahari ialah 16 minit lengkok manakala anggaran pembiasannya 34 minit lengkok. Gabungannya bererti apabila sisi atas Matahari terdapat pada ufuk nyata pusatnya terletak 50 minit lengkok di bawah ufuk geometri, iaitu persilangan dengan sfera cakerawala satah mengufuk pada mata pemerhati. 
Kesan-kean ini bersama-sama menjadikan waktu siang 14 minit lebih panjang berbanding waktu malam di khatulistiwa, dan maikn ke arah kutub, makin lama waktu siangnya. Kesamaan waktu siang dan malam yang sebenar hanya berlaku di tempat-tempat yang cukup jauh dari khatulistiwa agar mengalami sekurang-kurangnya perbezaan bermusim dalam tempoh siang sebanyak 7 minit dan terjadi selama beberapa hari menghadap sisi musim sejuk setiap ekuinoks.
Fail:Equinox-0.jpg

 Tag: ekuinoksblog 

ada 20 Mac 2012, pada jam 1:14 PM (Waktu Malaysia), akan berlaku fenomena Ekuinoks. Fenomena ini berlaku pada setiap bulan Mac dan Sep setiap tahun, yang mana pada saat tersebut, Matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa. Jadi, apakah sebenarnya berlaku ketika tarikh tersebut? Apakah kesannya terhadap kita di Bumi? 
Jom kita berkenalan sikit dengan Ekuinoks dalam bentuk Q&A.

Q: Kenapa ia dipanggil Ekuinoks?
A: Ia sebenarnya berasal dari perkataan Latin yang bermaksud 'equal night'.

Q: Kenapa ia boleh berlaku?
A: Semua tahu paksi Bumi condong sebanyak 23.5 darjah. Ketika ia mengelilingi matahari, ada ketikanya paksi Bumi akan berada tegak (relatif kepada kedudukan matahari). Maka pada ketika itu, berlakulah fenomena ekuinoks.


Q: Pada tarikh equinoks itu, di mana kedudukan matahari di langit?
A: Pada ketika itu, matahari berada tepat di atas garisan Khatulistiwa.

Q: Apa kesannya kepada penduduk di Bumi.
A: Secara umumnya, ekuinoks pada bulan Mac akan menandakan bermulanya musim bunga bagi negara-negara di hemisfera utara, manakala bagi negara di hemisfera selatan, ia menandakan bermulanya musim luruh.

Q: Ada orang mengatakan pada tarikh ekuinoks ini, waktu siang dan malam adalah sama, iaitu 12 jam. Betul ke?
A: Sebenarnya kurang tepat. Ini adalah kerana waktu matahari terbit dikira pada saat nampaknya 'bentuk' matahari di atas ufuk. Walhal posisi sebenarnya matahari di langit dikira pada titik tengah bulatan matahari.

Q: Maknanya?
A: Maknanya, matahari sebenarnya terbit 'lebih awal'. Perkara yang sama berlaku apabila ia terbenam, yang mana walaupun titik tengah matahari sudahpun berada di bawah ufuk, bentuk 'bulat' matahari masih lagi kelihatan beberapa minit selepas itu.

Q: Kalau begitu, maknanya matahari kelihatan di langit lebih sikit daripada 12 jam la ye?
A: Ya, betul. Dan ada lagi satu faktor iaitu serakan cahaya di atmosfera.

Q: Apa kesan serakan atmosfera terhadap cahaya matahari?
A: Perasan tak, apabila hilangnya matahari di ufuk, ia menandakan waktu terbenam matahari dan juga menunjukkan masuknya waktu Maghrib. Ketika itu cahaya di langit masih terang. Hanya apabila menjelang Isya' sahaja, barulah cahaya kemerahan di langit hilang dan langit menjadi hitam. Itu adalah kesan cahaya matahari yang diserakkan oleh atmosfera kita.

Q: Ok, maksudnya?
A: Maksudnya, contoh, katakan waktu matahari terbenam ialah pada jam 7.30 petang, 'malam' sebenar hanya bermula pada jam lebih kurang 8.40 malam, iaitu lebih sikit dari 1 jam selepas matahari terbenam.

Q: Ok, jadi adakah kesan yang sama berlaku pada waktu Subuh?
A: Ya, pada waktu Subuh, perasan tak, langit sebenarnya sudah mula terang SEBELUM matahari terbit di ufuk timur. Oleh itu, sama kes seperti yang tadi, 'malam sebenar' telahpun berakhir sebaik sahaja azan Subuh berkumandang.

Q: Kalau begitu, siang di hari ekuinoks ialah lebih kurang beginilah ye, 12 jam + 1 jam lebih sikit + 1 jam lebih sikit, iaitu 14 jam!
A: Boleh juga dikatakan begitu, tapi jangan keliru pula!. 14 jam tu bukan bermaksud 14 jam matahari ada di atas langit!
14 jam itu ialah jumlah masa matahari berada di langit DAN waktu CAHAYA langitnya masih kelihatan selepas ia terbenam (iaitu waktu Maghrib hingga Isya, dan waktu Subuh hingga terbit mahatari). Matahari tetap terbenam pada waktu Maghrib seperti biasa.
(Foto menunjukkan keadaan langit masih cerah, walaupun matahari sudah terbenam. Photo credit: Mohd Redzuan Tahar)
Q: Selain dari di atas, apa faktor lain yang menyebabkan siang lebih panjang pada hari ekuinoks?
A: Faktor biasan cahaya oleh atmosfera kita, akan menyebabkan matahari masih kelihatan di ufuk, walaupun pada hakikatnya matahari sudahpun terbenam di bawah ufuk.
(Gambarajah menunjukkan kedudukan matahari di ufuk dan kesian biasan atmosfera bumi)
Q: Jadi, adakah waktu solat kita akan berubah pada hari ekuinoks?
A: Ehh…. tidak sekali! Waktu solat kita tetap seperti sediakala, sepertimana di paparkan di laman web JAKIM. Tidak perlu kelam-kabut hantar SMS palsu!

Q: Saya tak kata nak hantar SMS pun!
A: Memangla, tapi pernah berlaku beberapa tahun lepas, di mana kecoh apabila ada SMS tersebar yang mengatakan waktu Maghrib sudah berubah pasal fenomena Ekuinoks itu!

Q: Ok, saya faham. Jadi, fenomena Equinoks ini berlaku tahun 2012 ini saja ke? Adakah ia ada kaitan dengan huru-hara 21.12.2012 !??
A: Laaa… mana ada kaitan pun! Ekuinoks ini sudah berlaku sejak wujudnya bumi dan matahari! Ia BUKANLAH fenomena baru! Ia sudah berlaku berulang-ulang kali! Lagipun huru-hara 2012 itu pun mengarut.

Q: Ye ke? Kenapa sebelum ini saya tak tahu? Mungkin NASA menyembunyikan sesuatu?
A: Laaa.. apa kena mengena dengan NASA pulak? Lain kali rajin-rajinlah membaca. Membaca amalan mulia!

Q: Ok ok, jangan marah. Terima kasih!
A: Sama-sama :-)