Wednesday, 18 January 2012

Tingkat 29 Bangunan Dalam Pembinaan di KL Sentral Terbakar


pix_gal0
KUALA LUMPUR: Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi.

Kejadian dipercayai berlaku di Tingkat 29 bangunan blok komersial dan pejabat berkenaan kira kira jam 3 pagi tadi.
Kerja-kerja memadamkan kebakaran sedang giat dijalankan, selain mengenal pasti punca sebenar kejadian. 

Belum dapat dipastikan ada kecederan atau kemalangan jiwa dalam kejadian itu.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.53 pagi mengenai kebakaran bangunan di alamat 348 Sentral berhampiran Little India, Brickfields.

"Kebakaran bermula di tingkat 30 di bangunan 33 tingkat itu yang pembinaannya dijadual siap penghujung tahun ini," katanya. 
Katanya, sebanyak 10 jentera pemadan dengan 72 anggota bomba dikejarkan ke tempat kejadian.

Polis turut berada di tempat kejadian bagi mengawal lalu lintas bagi memastikan tiada kesesakan berikutan penutupan beberapa jalan menuju ke KL Sentral dan Brickfields.




KUALA LUMPUR, 18 Jan — Sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan berhampiran KL Sentral terbakar kira-kira pukul 4 pagi tadi, mengakibatkan jalan masuk ke KL Sentral dan Jalan Brickfield ditutup kepada lalu lintas.
Kebakaran bermula di tingkat atas bangunan berkenaan dan asap kebakaran boleh dilihat dalam jarak beberapa kilometer.
“Bangunan dekat KL Sentral terbakar menyebabkan kesesakan lalu lintas teruk di semua arah. Kebakaran tidak dapat dikawal kerana terlalu tinggi. Lebih baik duduk di rumah,” tweet Aimi Abdullah Aimi Abdullah @dorkscotch
“Jalan masuk ke KL Sentral ditutup kerana sebuah tapak pembinaan terbakar,” tweet Jonathan Mah @jonmah.
“Saya boleh nampak sebuah bangunan terbakar di KL Sentral dari rumah saya,” kata satu lagi tweet daripada @angelinebabyy.
“Mengambil teman lelaki untuk ke KL Sentral, kami terperangkap dalam satu kebakaran di sebuah bangunan berdekatan KL Sentral,” kata @ATM2U.
“348 Sentral, bangunan dalam pembinaan di sebelah KL Sentral terbakar. Jalan Brickfield ditutup,” kata tweet KL Traffic Update @kltrafficupdate.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, kebakaran bermula di tingkat 29 bangunan berkenaan.
“Sepuluh kereta bomba dan 72 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima satu panggilan kecemasan pada pukul 3.55 pagi,” katanya.
Sehingga pukul 7.30 pagi tadi, anggota bomba masih berusaha memadamkan kebakaran.


Jalan Tun Sambanthan ditutup sehingga jam 12 tengah hari 


2012/01/18

KUALA LUMPUR: Jalan Tun Sambanthan akan ditutup sehingga jam 12 tengah hari ini bagi memudahkan anggota bomba melakukan aktiviti pemadaman secara menyeluruh selepas sebuah bangunan yang masih dalam pembinaan di KL Sentral, di sini terbakar dalam kejadian awal pagi. 

Timbalan Pengarah Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata demikian ketika mengulas mengenai kejadian berkenaan.
Dalam kejadian berkenaan, struktur asas binaan daripada kayu mengakibatkan kebakaran sukar dikawal.
Azizan berkata, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya kira-kira jam 8 pagi tadi.