Sunday, 22 January 2012

Bunyi Misteri Dari Langit... Petanda Apa ?






Oleh : Mohd Ezli Mashut

Masyarakat di beberapa buah negara dunia gempar dengan berita mendengar bunyi yang dianggap 'misteri' dan tidak diketahui puncanya sehingga mendapat liputan antarabangsa.

Kejadian yang dianggap aneh itu turut berlaku di Kota Samarahan Sarawak pada antara tarikh 11 Januari dan 12 Januari lepas dan turut dirakamkan penduduk serta dimuat naik ke laman youtube dan blog.

Malahan kejadian di Samarahan  itu juga turut dilaporkan oleh Borneo Post pada 15 Januari yang terus mendapat perhatian blog-blog antarabangsa yang dianggap kejadian unik dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Untuk rekod kejadian bunyi misteri itu juga turut dilaporkan berlaku di beberapa buah dunia seperti :



Budapest Hungary January 11,2012
Conklin, Alberta January 12, 2012
Czech Republic January 12, 2012
Southern Sweden January 12, 2012
January 17, 2012, ‘Strange’ Noise Videos
Nottingham England 2012
Boulder,Colorado 01/17/2012
NĂ®mes – FRANCE (17/01/2012)
London UK - 17/01/12



Kawasan yang mendakwa mendengar bunyi misteri di seluruh dunia

The Borneo Post sebelum ini melaporkan satu bunyi aneh telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang menimbulkan suasana ketakutan dan kegelisahan penduduk berhubung kejadian tersebut.

Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Namun kaitan hubungan antara bunyi misteri dan gempa bumi di Sumatera itu tidak dapat disahkan.

Justeru beberapa teori dikemukan bagi menjelaskan kejadian itu.

Sejak kemunculan kejadian misteri itu,di alam siber turut mencuri perhatian dengan laporan dan ulasan berkenaan kejadian itu.

Ada yang berpendapat ia juga disebabkan oleh Unidentified Flying Object (UFO) dan juga kejadian sedemikian sengaja dicetuskan untuk sebagai 'hoax' atau gurauan.

Beberapa pihak yang mendakwa berjaya merakamkan kejadian tersebut juga mengambil peluang memuat naik video tersebut sehingga berjaya menarik minat masyarakat dunia.



Malahan trending bagi kejadian itu turut naik mendadak sejak kejadian itu dilaporkan di laman sesawang.

Sehingga kini masih belum ada penjelasan saintifik dan kukuh dikemukan bagi penjelasan fenomena kejadian tersebut.


Projek Senjata Perubahan Cuaca HAARP ?

Antaranya, ia didakwa projek rahsia kerajaan Amerika Syarikat dalam memanipulasi sistem cuaca melalui projek HAARP atau singkatan kepada High Frequency Active Auroral Research Programme.


Projek HAARP didakwa berselindung aktiviti saintifik namun ia merupakan senjata baharu yang direka mampu mencetuskan gempa bumi,ribut taufan dan juga perubahan iklim mendadak yang boleh mencetuskan bencana dan kemusnahan kepada sesebuah negara.

Tapak projek ini berada di koordinat (62 ° 23'30 "N 145 ° 09'03" W) Utara Gakona, Alaska di barat Wrangell-Saint Elias National Park.


Malahan semasa gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada 11 Mac 2011 lepas, ada beberapa laman portal mendakwa HAARP adalah pencetus kepada kejadian bencana ini yang menyebabkan gempa 9.0 skala richter dan menyebabkan berlakunya tsunami sehingga mengorbankan lebih 20,000 nyawa.





HAARP juga didakwa mencetuskan kejadian perubahan iklim drastik seperti kejadian banjir dahsyat yang melanda negara-negara pengeluar makanan dunia dan juga mencetuskan taufan yang membadai beberapa negara pesisir pantai.



Kejadian di Sarawak

Kejadian bunyi dengkuran kuat diselang-seli bunyi nyaring frekuensi radio yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak pada malam 11 dan 12 Januari lalu menggegarkan banyak kampung sekitar dan terus menjadi misteri hingga kini.





Salah seorang saksi, guru, Mohammad Ferdauz Jumain, 28, berasal dari Kampung Meranek menceritakan semula detik tersebut berkata, dia terjaga pada jam tiga pagi kerana gangguan bunyi misteri tersebut yang terlalu kuat.

Dia berkata, bunyi itu seolah-olah bunyi dengkuran dari kaki langit namun tidak mengetahui dari mana puncanya.



“Pada mulanya, saya tidak mengesyaki apa-apa pun, tetapi semakin lama bunyi tersebut semakin kuat. Saya mengejutkan ibu dan ayah, kami terus tertanya-tanya bunyi apa itu. Saya juga sempat menghubungi dan menghantar SMS kepada beberapa kawan terdekat, mereka juga terdengar bunyi yang sama.

“Semakin pelik dengan bunyi itu, saya dan ayah mengambil keputusan memeriksa di luar rumah tetapi kami terkejut kerana bunyi itu dari tempat yang jauh, jiran-jiran saya yang lain pun terjaga,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Ayahnya, Jumain Abang, 69, penduduk asal Kota Samarahan menjelaskan, sepanjang hayat itulah kali pertama dia terdengar bunyi dengkuran yang amat kuat dari langit.

“Kita hanya boleh berdoa kepada ALLAH semoga segalanya selamat dan tidak berlaku apa-apa, mungkin bunyi itu boleh dijelaskan oleh mereka yang pakar,” katanya.

Ditanya mengenai dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, Ferdauz menafikan dakwaan itu kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin didengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

Katanya lagi, pada malam pertama kejadian, jiran sekeliling keluar beramai-ramai dari rumah kerana berasa amat pelik di samping perasaan yang takut dan panik.

“Pada malam kedua (12 Januari) saya dan penduduk sekitar Samarahan sudah bersedia untuk merakamkan kejadian tersebut dan Alhamdulillah kami berjaya merakamnya,” katanya.

Jurutera komputer, Mohd Adzil Yusuf, 28, yang tinggal di Desa Ilmu, kira-kira tiga kilometer dari Kampung Meranek turut mendengar bunyi tersebut namun tidak mengesyaki apa-apa pada mulanya.

“Selepas kejadian malam pertama kecoh, saya mengambil keputusan untuk memeriksa sendiri kilang kelapa sawit yang dikatakan punca bunyi itu, namun saya dapati kilang itu tidak mengeluarkan bunyi apa pun,” katanya.


Petanda Akan Berlaku Sesuatu ?

Masyarakat tidak perlu panik dengan kejadian misteri tersebut namun perlu menjadikan kejadian tersebut sebagai iktibar dan berfikiran positif bahawa Allah berkuasa menjadikan sesuatu perkara.

Kita sewajarnya muhasabah diri dan memperbaiki serta meningkatkan iman dan taqwa kerana itu yang sepatutnya dilakukan bukan sekadar kagum dengan sesuatu kejadian tetapi tidak mengambil pengajaran dan refleksi diri sendiri.










Pada Jam 8.30 pagi Jumaat pada 20 Januari 2012 di langit sekitar Sekinchan dan Tanjong Karang, saya merakamkan imej biasan cahaya matahari yang membentuk biasan seperti pelangi.

Apakah ini petanda dalam masa beberapa hari akan berlaku perubahan iklim seperti hujan dan lebat.

Sehingga berita ini ditulis pada 22 Januari 2012, memang berlaku hujan lebat yang luar biasa berlaku di sekitar Selangor.

Saya merujuk kepada beberapa laman web antarabangsa yang ada cuba mengaitkan fenomena itu disebabkan oleh HAARP. Namun saya membuka persoalan ini kepada umum apakah ia mempunyai kaitan dengan perubahan iklim yang dialami di Malaysia pada mutakhir ini.

Apakah memang benar kini senjata HAARP dihalakan ke arah Malaysia untuk mencetuskan perubahan iklim seperti hujan lebat luar biasa dan lain-lain ?

Allah Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.

Saya hanya membuat andaian berdasarkan kepada kajian yang saya perolehi setakat ini. Jika ada maklumat baharu,saya akan kemaskini dari masa ke semasa.

Image


Gambar : Imej yang diperolehi dari google...yang berlaku di luar negara.


Anda boleh buat kajian lanjut.