Friday, 21 October 2011

Mahasiswa Bangkit : Lebih 2,000 Pelajar Bantah Penggantungan Dr Aziz Bari












Siswa berdemo desak tarik balik gantung tugas Aziz Bari
Tidak kurang 700 mahasiswa hari ini berhimpun bagi membantah tindakan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.

NONEPerhimpunan itu berlangsung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat kira-kira jam 1.45 petang.

Bantahan diketuai beberapa pemimpin mahasiswa. Antara mereka, Pengerusi Solidiriti Mahasiswa (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab dan aktivis mahasiswa Mohd Hilman Idham.

Mereka melaungkan "Hidup Ilmu", Lawan Kezaliman", "Bebas Aziz Bari" dan seterusnya menuntut kebebasan akademik di seluruh universiti di seluruh negara khususnya di kampus berkenaan.

Mahasiswa yang berang itu menyokong dan mendokong Abdul Aziz serta mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

NONETindakan terhadap pakar itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini yang mengulas titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja Methodist di Damansara Utama.

Abdul Aziz dipetik berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Kenyataannya itu mengundang kontroversi apabila beberapa pemimpin Umno termasuk media yang dikuasai mereka mendakwa tindakan itu cuba memburuk-burukkan institusi raja-raja Melayu sehingga tekanan dibuat bagi beliau digantung tugas.

Cabul kebebasan pensyarah

Dalam bantahan hari ini, sebelum bergerak untuk menyampaikan memorandum kepada Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamaruddin, kedua-dua pemimpin mahasiswa itu menyampaikan ucapan ringkas membantah keras penggantungan Abdul Aziz.

NONE"Itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab kerana mancabul hak kebebasan pensyarah," kata Mohd Hilman yang disambut dengan laungan "Hidup Mahasiswa" dan "Bantah Kezaliman dari hadirin.

Ahmad Syukri pula menuntut pihak universiti memberikan kebebasan akademik kepada pensyarah.

Bahkan beliau juga mempersoalkan apakah Dr Abdul Aziz membuat fitnah sehingga beliau dikenakan tindakan gantung tugas.

"Kalau ilmu lawan dengan ilmu, bukan dengan tindakan menggantung," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa Profesor Datuk Zainal Kling dari UPSI tidak dikenakan sebarang tindakan susulan kenyataannya bahawa negara ini tidak pernah dijajah.

NONESelepas ucapan ringkas itu, Ahmad Syukri mengajak mahasiswa berarak bersama-samanya ke pejabat Zaleha untuk menyerahkan memorandum tersebut.

Sewaktu berarak, berlaku kekecohan apabila pengawal keselamatan universiti dan beberapa anggota polis cuba menghalang mereka daripada menuju ke pejabat rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak.

Hal demikian menyebabkan berlakunya pergelutan antara mahasiswa, pengawal keselamatan dan beberapa anggota polis di situ.

Ketika kejadian, mahasiswa lain pula, terus melaungkan "Hidup Mahasiswa" beberapa kali.

Tolak menolak

Tolak menolak selama kira-kira 10 minit itu menyebabkan beberapa pemimpin mahasiswa yang lain termasuk Mohd Hilman cuba menenangkan keadaan dan berbincang dengan pihak keselamatan.

NONEHasilnya, beliau bersama Ahmad Syukri dibenarkan menyerahkan memorandum berkenaan  kepada timbalan rektor UIA di pejabatnya kira-kira jam 2.15 petang.

Bercakap kepada hadirin selepas itu, Ahmad Syukri berkata perjuangan mahasiswa masih belum selesai kerana Abdul Aziz masih belum dibebaskan.

"Kita jangan (cepat) berpuas hati, kita akan tampil pada masa akan datang kalau (isu) ini tidak selesai.

"Kita jangan mengeluh dan jangan mengalah," katanya yang disambut dengan sorakan mahasiswa.

Menurutnya, sekiranya tidak selesai, perkara itu akan dilanjutkan pada 25 Oktober ini, apabila  Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dijadual melawat universiti berkenaan.

NONESehubungan itu, beliau menggesa pentadbiran universiti menyelesaikan perkara ini sebelum "perkara lebih besar" akan berlaku.

Sementara itu, Mohd Hilman berkata perhimpunan mereka hari ini adalah untuk menghantar "mesej yang jelas" kepada UIA.

"Kalau mereka tekan mahasiswa, kita lawan. Kalau mereka tekan pensyarah, lagi kita lawan," tegasnya mendapat sorakan gemuruh mahasiswa yang lain.

Beliau juga menggesa rakan-rakannya meneruskan perjuangan "selagi universiti tidak menarik balik" penggantungan Abdul Aziz.

'Turun lebih besar'

Kata-katanya itu disambut dengan laungan setuju oleh mahasiswa yang lain.

NONE"Dengar khabar ada pemimpin negara akan datang, kita minta UIA jangan sampai kita turun lebih besar," katanya.

Turut hadir dalam perhimpunan tersebut adalah beberapa pemimpin PKR. Antara mereka, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Tian Chua (Batu) dan Amiruddin Saari (ADUN Batu Caves).

Mereka hadir memberi sokongan kepada perjuangan mahasiswa yang menuntut penggantungan ahli akademik itu ditarik balik.

Sebelum itu, sejak tengahari tadi, pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang UIA manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

NONE"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Pagi tadi, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak Rektor UIA Prof Datuk Zaleha Kamarudin menarik balik hukuman terhadap pakar perlembagaan itu.

Mereka menuntut penggantungan tersebut ditarik balik dengan kadar segera "bagi memulihkan imej UIA sebagai institusi akademik yang disegani".

Sokongan SMM

Mereka juga mendesak agar pihak universiti mengadakan siasatan secara adil terhadap kenyataan akademik Abdul Aziz dan bukan melalui "tekanan undang-undang-undang yang bercanggah dengan prinsip akademik".

"Mahasiswa menuntut agar pihak universiti menghormati prinsip kebebasan akademik selaras dengan tuntutan universal yang termaktub dalam Deklarasi Prinsip Kebebasan Akademik dan Ahli Akademik 1970, Senarai Hak Akademik 2001 dan Kempen Akademik untuk Kebebasan Akademik," kata mereka dalam satu memorandum.

NONEMemondum tersebut disokong oleh sembilan ahli gabungan dalam SMM antaranya Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pro Mahasiswa Nasional (Pro-MN), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI).





Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) manakala orang awam dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.

Menurut seorang pengawal keselamatan, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.

uia student demosupporting aziz bari"Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.

"Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini,” kata pengawal keselamatan itu.

Tindakan itu dipercayai bagi membantutkan usaha kumpulan mahasiswa yang mahu berdemonstrasi terhadap UIA yang menggantung tugas Profesor Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah.
Sementara itu, wartawan Abdul Rahim Sabri yang tiba di UIA sejak pagi tadi, melaporkan kira-kira 700 mahasiswa sedang berhimpun membantah penggantungan Abdul Aziz.

Perhimpunan itu berlansung di perkarangan masjid UIA selepas solat Jumaat.

uia student protest in support of aziz bariMereka melaungkan “Hidup Ilmu”, “Lawan Kezaliman”, “Bebas Aziz Bari” dan menuntut kebebasan akademik di universiti khususnya di kampus berkenaan.

Mereka berhimpun untuk menyokong dan mendokong Abdul Aziz dan mendesak universiti membatalkan hukuman penggantungan kepada pakar pelembagaan itu.

Sewaktu mereka hendak berarak menghantar memorandum, berlaku kekcohan apabila pengawal keselamatan universiti cuba menghalang mereka menghantar memorandum kepada rektor UIA, menyebabkan berlakunya tolak menolak berlaku.

Semalam UIA menggantung tugas Abdul Aziz sebagai pensyarah undang-undang sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Beliau didakwa "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti" dan diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Tindakan terhadap pakar perlembagaan itu dipercayai berikutan reaksinya sebelum ini terhadap titah Sultan Selangor dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau berkata, Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

GOMBAK , 21 OKTOBER : Menurut beberapa laporan twitter, Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Sdr. Shamsul Iskandar Mat Akin ditangkap ketika berada di Masjid UIA, Gombak.
iipjr.jpg
Beberapa orang pengawal keselamatan melakukan pemeriksaan ketat di pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menghalang orang awam memasuki dalam bangunan tersebut.
Malah, wartawan Komunitikini dihalang daripada memasuki bangunan tersebut.
Salah seorang pengawal keselamatan ditemui berkata, selain orang awam, pihak media juga tidak dibenarkan masuk.
“Hanya sidang media jam 12 tengahari sahaja dibenarkan, selepas itu orang awam tak dibenarkan masuk, nak sembahyang Jumaat pun tak boleh.
“Kami terima arahan tak benarkan orang awam dan media masuk hari ini, ujar pengawal keselamatan tersebut.
Laporan penuh akan menyusul..


Petition To:

 "REKTOR UIAM. YBHG PROF. DATO' DR ZALEHA KAMARUDDIN",
Kami melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan penggantungan yang dikenakan terhadap seorang pakar perlembagaan di Malaysia. Apatah lagi, beliau telah menyumbang bakti di bumi UIAM digantung tanpa diadili terlebih dahulu.
           
 Perkara ini jelas bertentangan dengan Fasal 10 Perlembagaan Malaysia yang menyentuh berkenaan kebebasan bersuara. Yang lebih menyedihkan, kebebasan  akademik secara jelas telah dicabul. Jenayah akademik dan intelektual sebegini tidak dapat diterima oleh seluruh rakyat Malaysia secara amnya dan warga UIAM khususnya.
           
 Yang nyata, isu yang dibangkitkan oleh ahli akademik ini perlu dijawab dengan secara  ilmiah, bukan dengan cara politik murahan dan tidak bertamadun. tindakan penggantungan sebegini serta layanan terhadap Prof. sedikit sebanyak telah menjejaskan imej UIAM di mata dunia.
Oleh hal yang demikian, kami mewakili seluruh warga UIAM menuntut :

1.      Penjelasan dari pihak tertinggi UIAM berkenaan isu ini kepada seluruh warga UIAM
2.      Pihak universiti perlu menarik balik penggantungan terhadap prof


Satu sesi public hearing (pengadilan di tempat terbuka) dijalankan di dalam UIAM bagi mendapatkan penjelasan kedua-dua belah pihak
3.      
Kami juga menolak sebarang campur tangan pihak luar terutama bagi mereka yang mempunyai kepentingan politik dan peribadi dalam menyelesaikan isu ini.

Akhir kata, kami menyeru kepada semua pihak untuk menghormati kesucian Taman Ilmu dan Budi , demi nusa,bangsa dan agama ISLAM yang tercinta. Tambahan pula apabila membawa nama Universiti ISLAM antarabangsa!

Let’s the truth speak for itself!

MOHAMAD IQBAL AB WAHAB
PRESIDEN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UIAM
Sincerely,
The Undersigned
(Fri, 21 October, 2011)

Kenyataan mengenai pengantungan Profesor Abdul Aziz Bari


Rakyat sudah sedia maklum bahawa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Profesor Dr. Abdul Aziz Bari berhubung dengan kenyataan beliau yang menyentuh beberapa isu dalam lingkungan Perlembagaan. 


Kini kita  dikejutkan lagi dengan berita yang mana beliau juga digantung tugas sebagai pensyarah undang-undang sehingga ke suatu tempoh yang akan ditetapkan.


KEADILAN berpandangan bahawa tindakan ini seolah-olah merendahkan para akademia dalam tugasan harian mereka untuk memberi pandangan dan pendapat dalam kepakaran mereka. 


Adalah sesuatu yang memalukan dan menzalimi para cendakiawan di Malaysia apabila ditekan dan disekat hanya kerana memberi pandangan bersandarkan fakta-fakta imperikal yang sememangnya menjadi kepakaran mereka. Ini sekaligus akan membantutkan proses penyuburan ilmu kepada rakyat.

Isu yang timbul, yang dipolemikkan oleh sesetengah media dan politikus tertentu melibatkan Profesor Dr. Aziz, harus dianalisa ketepatannya terlebih dahulu dalam konteks perundangan, bukan sekadar persepsi dari sesetengah pihak.Mereka seharusnya diberikan ruang untuk memberi komentar mahupun kritikan selagimana ia bersifat membina dan berada dalam kerangka undang-undang negara.

Oleh yang demikian atas prinsip kebebasan akademik, KEADILAN berharap isu ini dapat dirungkai oleh pihak pengurusan UIAM agar ia dapat dikendalikan dengan penuh hemah dan wibawa tanpa mencemarkan budaya ilmu seterusnya budaya ilmu ini akan dapat diangkat di Malaysia yang kita kasihi. 

DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL



=======================================================
Sebentar tadi saya telah ditahan oleh pihak keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berikutan kehadiran saya sebagai tanda solidariti kepada ribuan mahasiswa yang berhimpun di Masjid UIAM untuk membantah penggantungan Prof. Dr. Aziz Bari. 



 
Apa yang menyedihkan, di UIAM yang sewajarnya menjadi tempat menyuburkan ilmu Islami seperti slogan UIAM 'Taman Ilmu dan Budi', saya ditahan di dalam Masjid dan langsung tidak dibenarkan solat meskipun solat Jumaat hampir dimulakan oleh Imam dan jemaah lainnya. 




Penahanan ini jelas membuktikan bahawa pentadbiran UIAM begitu terdesak untuk mengekang keprihatinan massa di luar kelompok mahasiswa dan pensyarah lainnya, khusus dalam isu penggantungan Dr. Aziz ini. 

 
Shamsul Iskandar Mohd Akin 
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia


PKA UIAM Sokong Dr Aziz Bari Demi Kebebasan Akademik

Friday, 21 October 2011 | Ruangan: Berita
SHAH ALAM, 21 Oktober : Persatuan Kakitangan Akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PKA UIAM) menyeru semua pihak supaya menghayati dan menghormati kebebasan akademik dan menyatakan sokongan terhadap Profesor Dr Aziz Bari ekoran penggantungannya oleh pihak UIAM.
” PKA UIAM ingin menyatakan sokongannya terhadap Professor Abdul Aziz Bari di dalam menjalankan amanahnya sebagai seorang murabbi dan sarjana Perlembagaan Malaysia.
Kami berasa terkilan atas campurtangan pihak luar ke atas sistempendidikan di negara ini yang sepatutnya bebas dan bersifatprofessional,” katanya dalam kenyataan media.
PKA UIAM berkata, tohmahan serta tekanan yang tidak berasaskan ilmu yang dilemparkan kepada Aziz Bari hanya membuang masa dan merendahkan status negara di mata dunia.
“Aziz Bari adalah seorang yang berwibawa dan berkelayakan untuk membuat kenyataan ilmiah dan rasional dalam bidang kepakaran beliau.
Mana-mana pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan beliausepatutnya memberi beliau ruang untuk berdebat secara lebih terbukakerana proses konstruktif sebegini Ini akan meningkatkan tahappemikiran masyarakat di negara tercinta ini,” katanya.
Tambah PKA UIAM berkata , Aziz Bari sepatutnya diberi  penghargaan kerana berjaya membuat satu negara berfikir dan memberi  reaksi di dalam pelbagai cara dan beliau tidak harus dihukum kerana reaksi pihak ketiga ini.
“Sebagai seorang ahli akademik, Aziz Bari berhak menyatakan pendapat seperti yang telah dilakukannya. Ini adalah sebahagian dari kebebasan akademik yang dipunyai oleh setiap ahli akademik,” ujarnya.
PKA UIAM juga tidak mahu tindakan ini kelak dijadikan satu ‘precedence’ pada masa akan datang kerana ia boleh menyekat sumbangan intelektual dari ahli akademik terhadap isu-isu kenegaraan sama ada yang dianggapsensitif atau sebaliknya.
“Kebebasan akademik ini telah disaran oleh UNESCO melalui peruntukandalam “Recommendation Concerning the Status of Higher EducationTeaching Personnel” yang dihasilkan melalui persidangan UNESCO pada 11November 1997, seperti dalam Artikel 26 dan 27 yang berbunyi: “theright to contribute to social change through freely expressing theiropinion of state policies and of policies affecting higher education,” katanya.