Wednesday, 12 October 2011

Bulan penuh terkecil tahun 2011



Peta langit menunjukkan bulan ketika muncul pada malam 11 Oktober 2011 ketika ianya adalah bulan penuh terkecil sepanjang tahun 2011. Planet Musytari yang berada berdekatan akan kelihatan bersinar terang. Imej: Starry Night Software.

Kebanyakkan orang biasa akan memberitahu kita bahawa objek astronomi pertama di langit yang meraih perhatian mereka ialah fasa bulan yang sentiasa berubah-ubah. Banyak perhatian telah diberikan kepada jiran terdekat Bumi di angkasa pada bulan Mac yang lalu apabila bulan penuh berlaku ketika bulan menghampiri perigee (jarak di dalam orbit bulan yang paling dekat dengan Bumi).
Pada jarak 356, 575 kilometer dari Bumi, ianya mendapat gelaran sebagai “Supermoon”2011 disebabkan jaraknya yang luar biasa dengan Bumi. Tetapi pada malam Selasa (11 Oktober 2011), kita akan mempunyai peristiwa astronomi yang bertentangan dengan “Supermoon”. Pada 0206 GMT (10.06 pagi waktu Malaysia) di mana bulan secara rasmi adalah bulan penuh, ia akan menjadi menjadi bulan penuh paling kecil sepanjang tahun 2011. Peta bulan untuk bulan penuh paling kecil sepanjang tahun ini menunjukkan ia akan muncul pada malam selasa apabila ia mencapai fasa penuh.
Kurang 10 jam selepas bulan berada di dalam fasa bulan penuh pada Oktober 2011 pada 1200 GMT (8.00 malam waktu Malaysia), bulan akan tiba pada titik apogee (jarak paling jauh antara Bulan dan Bumi) iaitu pada jarak 406,434 kilometer. Ianya hanya kurang 248 kilometer dari titik paling jauh yang boleh dicapai antara Bumi dan Bulan.
Bulan penuh yang lemah

Perbezaan saiz bulan ketika di dalam kedudukan perigee (jarak paling dekat dengan Bumi) dan Apogee (jarak paling jauh dengan Bumi).

Melihat bulan pada malam Selasa mungkin akan mengejutkan anda disebabkan saiz cakeranya yang kecil, walaupun ianya berhampiran ufuk (sepatutnya kelihatan lebih besar disebabkan kesan “ilusi bulan).
Pada Mac lalu, bulan penuh berlaku di perigee dan media melaporkan ianya kelihatan sangat besar selepas ia muncul dari atas ufuk Timur. Tetapi pada Selasa, bulan akan berada di apogee, dimana bulan adalah paling kecil sepanjang tahun 2011. Ianya akan muncul 12.3 peratus lebih kecil daripada Supermoon pada Mac 2011. Disebabkan ia hampir dengan jarak maksimum dengan Bumi apabila bulan penuh, bulan juga akan melakukan perjalanan yang agak perlahan-lahan di dalam orbitnya. Kedua –dua kesan ini akan bergabung menjadikan pergerakkannya seolah menentang bintang-bintang latarbelakang terutama yang kecil dari malam ke malam.
Akibatnya, pemerhati langit seolah-olah akan melihat bulan penuh bukan untuk satu malam tetapi selama tiga malam berturut –turut iaitu Isnin, Selasa dan Rabu. Kecacatan pencahayaan pada cakera bulan atau bahagian gelap di tepi cakera bulan adalah sangat sedikit pada Isnin dan Rabu malam.
Dua minggu selepas kita mengalami bulan terkecil pada tahun 2011, bulan baru pada 26 Oktober 2011 akan bertepatan dengan PERIGEE. Anda tidak akan dapat melihat Bolin kerana ia berdekatan dengan Matahari di langit. Tetapi pasang surut air laut akan lebih melampau untuk beberapa hari disebabkan kedudukan Matahari , Bumi dan Bulan yang segaris ditambah dengan Bulan yang akan berada pada titik paling dekat dengan Bumi.  
: Dipetik : Angkasa