Wednesday, 3 August 2011

Suar suria kuat meletus dari Matahari


Suar suria dari Kelas-M9 yang berkuasa meletus dari Matahari pada jam 02 :09 GMT (10.09 pagi waktu Malaysia) pada 30 Julai 2011. Imej : NASA/SDO

Satu suar suria yang kuat meletus dari permukaan Matahari hujung minggu lalu.Walaupun ribut itu tidak ditujukan terus ke arah Bumi, tetapi ia adalah sejenis ribut suria yang berkuasa setakat ini, kata para saintis.

Suar suria yang ringkas tetapi berkuasa itu berlaku pada Sabtu lalu iaitu pada 02:09 GMT (10:09 pagi waktu Malaysia), dan bertambah cerah. Suar suria itu diikuti dengan ribut geomagnetik yang tidak berkaitan,yang tercetus oleh turun naik dalam angin suria, menurut Spaceweather.com, sebuah laman web yang memantau keadaan cuaca angkasa.

Akibat daripada ribut suria itu, para pemerhati langit di laltitud tinggi, terutamanya yang berada di Hemisfera Selatan telah bersedia untuk melihat pameran cahaya kutub (aurora) yang berpotensi untuk mempersonakan para pemerhati.

Suar suria dari Kelas-M9 meletus dari tompok matahari yang besar, yang secara rasminya dikenali sebagai AR1261. Dua kumpulan tompok matahari yang besar telah muncul pada Matahari, menurut Spaceweather.com, dan kawasan yang aktif membiak kawasan yang lemah untuk menghasilkan suar suria yang berkuasa.

"Disebabkan letusannya ringkas, ianya tidak menghamburkan satu awan bahan yang cukup besar ke arah Bumi," menurut laporan dari Spaceweather.com."Sehingga kini, tiada letupan yang betul-betul mengarah ke Bumi, tetapi ianya boleh bertukar pada hari-hari yang akan datang iaitu apabila putaran suria menukarkan kedudukan tompok matahari berada di hadapan planet kita.

Para saintis menggunakan sistem Kelas Tiga untuk mengukur kekuatan dan keamatan suar suria. Ribut yang paling paling kuat adalah dari Kelas X, dengan ribut suria dari Kelas M dengan kekuatan sederhana tetapi masih berkuasa, menurut NASA. Jenis suar suria yang paling lemah ialah dari ribut Kelas C.

Suar suria dari Kelas X yang kuat boleh memandikan Bumi dengan sinaran ultralembayung dan sinar -X dalam dos yang tinggi, melemparkan ledakan angin suria yang sangat besar ke arah Bumi. Apabila letusan itu tiba di Bumi, elektron dan proton daripada angin suria akan bertindakbalas dengan medan magnet Bumi, dan aliran itu akan menuju ke kutub magnet. Gangguan -gangguan jenis ini boleh mewujudkan ribut geomagnetik di dalam medan magnet Bumi.

Suar suria raksasa dari kelas X2.2 meletus dari permukaan Matahari pada 14 Februari 2011. Suar suria ini adalah yang paling kuat pernah dilihat dalam tempoh empat tahun.

Pada awal tahun ini, pada 14 Februari 2011, suar suria raksasa dari Kelas X2.2 telah meletus dari Matahari, menghamburkan satu gelombang besar zarah-zarah bercas ke angkasa dan ke arah Bumi. Suar suria itu adalah yang paling kuat pernah dilihat di dalam tempoh empat tahun.