Tuesday, 30 August 2011

Perutusan Sambutan Aidilfitri 1432 Hijrah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W , para Sahabat dan Tabiien.

Assalamualaikum...

Allah Maha Besar...Allah Maha Besar...Allah Maha Besar...

Alhamdulillah... kita panjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah kerana selama sebulan diuji dengan pelbagai dugaan dan rintangan,akhirnya pada hari ini 1 Syawal kita menyambut dan meraikan kemenangan ke atas perjuangan menjinakkan hawa nafsu pada sebulan di Bulan Ramadan Al-Mubarak.

Pada kesempatan ini, saya dan keluarga ingin menyusun jari memohon jutaan kemaafan jika selama ini ada melakukan kesilapan dan kesalahan sepanjang masa yang berlalu. Semoga dengan kemaafan ini menjadikan diri kita menjadi insan yang bertaqwa sebagaimana erti Aidilfitri itu ialah kembali kepada fitrah yang suci dan murni.

Semoga bulan Ramadan 1432 hijrah yang lepas berjaya melenturkan hawa nafsu kita dan membentuk peribadi dah sahsiah kita selepas ini ke arah memugar perjuangan yang lebih kental dan istiqamah untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran dan mehnah yang mendatang serta menguji kekuatan iman kita.

Akhirnya, Salam Aidilfitri Minal Aidil Wal Faizin. Maaf Zahir dan Batin.

Daripada : Mohd Ezli Mashut dan sekeluarga.