Monday, 29 August 2011

Bila Syawal 1432H?


Syawal 1432H

Bila Syawal 1432H?
Dr(H) Kassim Bahali


Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Permulaan Awal Puasa, Ramadhan dan Zulhijjah adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.


Dalam penentuan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah penentuan secara hisab/kiraan dilakukan berdasarkan kepada Kriteria Imkanur Rukyah.

Mesyuarat   Jawatankuasa   Penyelarasan   Rukyah   dan   Takwim  Islam  Kali ke 3  pada 29 Zulkaedah 1412H bersamaan 01 Jun 1992 di Labuan telah bersetuju menerimapakai Kriteria Imkanur Rukyah seperti berikut :-

“Hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu daripada syarat-syarat berikut :-

a)         ketika Matahari terbenam, ketinggian Bulan tidak kurang daripada 2           darjah dan jarak lengkung Bulan-Matahari tidak kurang daripada 3
darjah.

                        ATAU

b)         Ketika Bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam selepas ijtimak berlaku.
PENENTUAN AWAL SYAWAL 1432H / 2011M

Lokasi Rukyah         :           Kompleks Falak  Al-Khawarizmi
                                                Kg. Balik Batu, Tanjung Bidara,
                                                Masjid Tanah, Melaka

Latitud Lokasi           :           02o  17’

Longitud Lokasi       :           102o  05’

Tarikh Rukyah          :           29 Ramadhan, 1432H / 29 Ogos 2011M

Hari                             :           Ahad

Ijtimak                         :           Tarikh             :           29 Ogos 2011
                                                Masa              :           11:05:11

Data – data  Bulan  dan  Matahari  pada  hari  rukyah  29  Ramadhan 1432H  bersamaan 29 Ogos 2011 adalah seperti berikut :-

Jadual  : Data-data kedudukan Bulan dan Matahari pada 29 Ramadhan 1432H
      bersamaan 29 Ogos 2011M

Dari data-data rukyah pada 29 Ramadhan 1432H, ijtimak berlaku pada jam 11:05 waktu  tempatan  pada  29 Ogos 2011.  Ketika  Matahari  ghurub  pada jam 19 :19, Bulan  belum  ghurub  dan  Bulan  ghurub  pada   jam  19:24  dan  berada  di atas ufuk  pada  altitud 00o  42  16dan  umur bulan ialah  08j 14m.

Berdasarkan data di Jadual 2 di atas, kedudukan hilal telah memenuhi  kriteria Imkanur Rukyah. Oleh yang demikian, 01 Syawal 1432H jatuh pada 30 Ogos 2011 (Selasa) iaitu Hari Raya Puasa.
Ini adalah hasil hitungan (hisab) Falak.

Pengumuman rasmi akan dilakukan oleh penyimpan mohor besar Raja-raja pada malam 30 Ogos 2011 selepas selesai cerapan oleh Jawatan kuasa rukyah.