Saturday, 9 July 2011

LAPORAN LANGSUNG BERSIH 2.0 - Menuntut Pilihanraya BEBAS dan ADIL

LAPORAN LANGSUNG:

Anwar Ibrahim dikasari polis dan cedera...AYUH...Semua rakyat Malaysia keluar dari rumah sekarang ! Bangkit Rakyat !...Bangkit Rakyat !...Bangkit Rakyat...

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyatakan Datuk Seri Anwar cedera dan berdarah di kepala, lutut.




Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang...

---------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR, 9 Julai: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dibebaskan jam 7.25 malam tadi dengan cara dihantar terus ke rumah penginapan beliau dekat Sentul


TGHA di tahan di IPK Kuala Lumpur. Selepas solat maghrib semua pemuda diminta berkumpul disana utk menuntut pembebasan TGHA

En Baharuddin bin Ahmad, suami kepada Pn. Rusni Melan Ketua Wanita Cabang Setiawangsa telah kembali kerahmatullah. Beliau sesak nafas akibat di kejar polis di KLCC semasa menyertai perhimpunan BERSIH ptg tadi. Kepada sesiapa yg ingin melawat boleh pergi ke alamat No 9 - 0 - 4, Kelompok Camar Blok A, Jalan AU 3/8 KL..


TERKINI :



Photo on 2011-07-09 at 16:22.jpg


ANWAR IBRAHIM - undergoing CT scan for injury. Wishing #Bersih all the best.
Tahniah!




4.50pm:
Fadiah Nadwa Fikri dari Lawyers for Liberty berkata polis menggunakan Seksyen 28A (8) - yang menafikan hak akses kepada peguam ke atas mereka yang ditahan itu.


NONEKatanya, tidak kurang 1,000 orang ditahan hari ini dan ada yang ditempatkan di Pulapol.

Menurut Fadiah tindakan kerajaan itu jelas mencabuli Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.

4.45pm: Hotel Midah - Jawatankuasa BERSIH dilapor sedang mengadakan sidang media di Hotel Midah pada masa ini.

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan penunjuk perasaan.

NONEPasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

4.30pm: Menurut sumber PKR, Tian Chua yang ditahan di Balai Polis Jinjang berkata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang masih ditahan dalam trak polis. Sekurang-kurangnya 100 ditahan di sana




















4.50pm: Hotel Hilton - Beberapa pemimpin Pakatan seperti Datuk Kamaruddin Jaafar, Nurul Izzah mula meninggalkan hotel.










































4.21pm: Jawatankuasa BERSIH akan mengadakan sidang akhbar di Hotel Midah pada jam 4.45 petang ini.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

NONE4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Sentral
Salahuddin Ayub - KL Sentral
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Sentral
Tian Chua - KL Sentral
S Ambiga - KL Sentral
Hadi Awang - KL Sentral
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

NONE4pm: Istana Negara- Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.



04;20 : Trak polis mula di tiba di KLCC untuk menyuraikan ribuan orang ramai yang membanjiri sekitar.

4.10pm: Stesen LRT yang masih ditutup, menurut RapidKL - Pasar Seni, KL Sentral, Masjid Jamek dan Dang Wangi.

4.01pm: Facebook PDRM - Antara pemimpin teratas yang ditahan ialah:

Mahfuz Omar - KL Central
Salahuddin Ayub - KL Central
Mohamad Sabu - Jalan Mahameru
Fauziah Salleh - KL Central
Tian Chua - KL Central
S Ambiga - KL Central
Hadi Awang - KL Central
Azeez Rahim - Jalan Bukit Bintang

4pm: Istana Negara - Delegasi BERSIH 2.0 seramai kira-kira 20 orang yang diketuai oleh A Samad Said dihalang oleh polis kira-kira 200 meter dari pintu pagar istana.

Rundingan dengan pihak polis gagal dan kumpulan itu bersetuju untuk bersurai. Bagaimanapun, Samad berkata beliau perlu berehat dan kumpulan itu meninggalkan beliau di situ.





Pas memberi tempoh 24 jam supaya polis membebaskan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau himpunan kedua dilakukan.


3.50pm: Istana Negara - Sekumpulan ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 menuju ke arah istana dari Hotel Midah Hotel. Mereka sedang menunggu kelulusan pihak istana untuk menyerahkan petisyen BERSIH 2.0.

3.50pm: Pasar Seni - Pemimpin BERSIH, Wong Chin Huat, selepas membaca lapan tuntutan BERSIH 2.0, meminta orang ramai bersurai.

Orang ramai mula bersurai secara aman tetapi ada yang masih melaungkan 'Reformasi' dan 'Bersih' di bawah stesen LRT Pasar Seni.

Polis bertindak dengan menembak gas pemedih mata ke arah mereka.

3.38pm: Pudu - 2,000 orang kini di Pudu selepas dinafikan laluan selamat yang didakwa dijanjikan sebelum ini menuju ke Jalan Sultan. Polis anti rusuhan terus melepaskan meraim air dan gas pemedih mata kepada mereka yang cuba mendapatkan perlindungan di Hospital Tung Shin.

Mereka kini terperangkap di tengah-tengah antara dua sekatan FRU.

Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata selepas rundingan dengan MP Pakatan R Sivarasa dan Ngeh Khoo Ham gagal berhubung apa yang sepatutnya dilakukan oleh mereka yang berarak itu.

Adalah dipercayai orang ramai yang menggunakan separuh daripada jalan itu tetapi pihak polis mahu mereka bersurai dalam kumpulan kecil sebelum dibenarkan berarak.

Adalah dipercayau Sivarasa juga telah ditahan tetapi tempat beliau dibawa belum dapat disahkan.

3.37pm: Pasar Seni - kumpulan BERSIH berarak melalui Jalan Sultan ke arah Pasar Seni, tetapi mereka ditembak gas pemedih mata berhampiran Stesen LRT Pasar Seni. Ia memaksa mereka berundur ke Jalan Sultan.


Mkini- Jawatankuasa pemandu Bersih, diketuai A. Samad Said gagal menyerahkan memorandum kepada YDPA, selepas dihalang polis


Tantawi100 Ketua Pemuda PAS perarakan kearah KLCC


Presiden PAS dan Setiausaha Politiknya dalam Blackmaria POLIS


3.50pm: Istana Negara - A small group of Bersih 2.0 steering committee members are marching towards the palace from Midah Hotel. They are awaiting clearance from the palace to submit Bersih 2.0's petition.



caption

Ribuan sedang menuju ke arah KLCC sambil melaungkan Bersih dan Reformasi !


IMG_2448







Seorg peserta patah kaki akibat kekasaran polis di hadapan Hospital Tung Shin @BERSIH_live @bersih2

Seorg peserta patah kaki akibat kekasaran polis di hadapan Hospital Tung Shin @ @


Thousands of people make their way into the Petaling Street area, marching along Jalan Sultan. - 9 July, 2011

3.10pm: Facebook PDRM Facebook - Jumlah yang ditangkap setakat jam 2.30 petang tadi adalah 672 orang.

3.00pm: TV Selangor melaporkan laman webnya digodam. Bagaimanapun ia masih bersiaran menerusi alamat www.itv.com/tv_channels/p5577 dan alamat pintas www.itv.com.

Video perarakan perhimpunan BERSIH 2.0 ke Stadium Merdeka yang sedang berlaku boleh ditonton menerusi www.intisari tvsnews.blogspot.com

NONE2.57pm: Bukit Bintang - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ditangkap ketika sedang membersihkan matanya ketika gas pemedih mata dilepaskan, di sebuah pondok yang terletak kira-kira 100 meter dari benteng FRU.

Meriam air dan gas pemedih mata juga ditembak ke arah baki penyokong Pemuda Umno, menyebabkan mereka berundur 50m dari tempat asal mereka.

Kumpulan itu tinggal kira-kira 200 orang.

2.55pm: Bukit Bintang - Kira-kira tiga orang ditangkap apabila penyokong Pemuda Umno cuba melepasi benteng anggota FRU, menyebabkan berlaku pergelutan dan gas pemedih mata dilepaskan.

2:50: KL Sentral - Naib presiden PKR, N Surendran memberitahuMalaysiakini, Datuk Seri Anwar Ibrahim berdarah di kepala dan mencederakan di lutut.


caption


Seorang wartawan TV Selangor, Radzi Razak dikasari pihak polis. Beliau didakwa dipijak beberapa anggota polis.

Kameraman TVSNews / Staff | Moin & Ayu ditahan .... Kini telah dilepaskan.





dtfyv.jpg


f2cqa.jpg










caption


2.18pm: Pudu-Bukit Bintang - Walaupun basah kuyup akibat hujan, semangat orang ramai tidak pudar dan mereka mula terus melaungkan "Bersih! Bersih!”.

2.15pm: KL Sentral - Pemimpin Pakatan Rakyat dan Bersih lsedang berarak ke Hotel Hilton menuju ke KL Sentral sambil melaungkan "Bersih! Bersih!” tetapi dihalang oleh police.

Orang ramai bersama pemimpin PKR, termasuk naib presidennya Tian Chua berjaya melepasi sekatan polis dan terus berarak. Beliau kemudiannya ditangkap polis.

Mereka dipercayai sedang menuju ke Stadium Merdeka.




UPDATE : Maria Chin and Ambiga arrested.



2.10pm: Puduraya - Polis dilaporkan semakin garang terhadap penunjuk peradsaan. Ada yang diheret. Seorang penunjuk perasaan juga dilaporkan cedera dengan kepalanya berdarah.

2.05pm: Puduraya - Polis terus bertindak menangkap lebih ramai penunjuk perasaan dengan anggota polis bergerak dalam kumpulan lima dan enam orang bagi menangkap individu tertentu.

NONEMereka juga didakwa dilihat menumbuk dan menolak tahanan. Beberapa tahanan wanita juga dilaporkan dikasari.

2:01: Bukit Bintang- perarakan Patriot telah terhenti seketika.

Menurut sumber-sumber Pemuda Umno, kumpulan itu sedang menunggu selepas laluan mereka ke Stadium Merdeka dihalang pihak polis.

Kumpulan itu juga sedang menunggu kumpulan kecil penyokong Pemuda Umno yang berarak dari Kampung Attap dan PWTC.

Pemimpin Pemuda Umno Arman Azha juga dilihat cuba mengawal kumpulan itu daripada bergerak.

2pm: Hotel Hilton - Hujan masih turun di luar hotel dan suasana di dalamnya tegang ketika pemimpin Pakatan Rakyat bersedia untuk berarak.

Bagaimanapun, mereka kelihatan bertenaga dan berikrar untuk meneruskan perarakan ke Stadium Merdeka bila dapat melepasi benteng polis di luar hotel yang menunggu kemunculan mereka.

Pemimpin Pakatan dikelilingi oleh wartawan ketika mereka bergerak keluar perlahan-lahan.

NONE1.59pm: Menara Maybank - Polis melepaskan gas pemedih mata ke arah kira-kira orang ramai yang kini dianggarkan berjumlah tidak kurang 10,000 orang. Mereka berarak di hadapan bangunan Menara Maybank dan sepanjang Jalan Tun Perak.

Mereka dari arah Masjid Jamek pula mula bergerak ke arah Puduraya.

Polis melepaskan gas pemedih mata selepas tembakan meriam air gagal menyekat kemaraan rakyat. Ramai juga yang pulih selepas terkena tembakan gas pemedih mata bangkit semula dan terus berarak.

NONE1.57pm: Hotel Malaysia - Khairy Jamaluddin muncul di perhimpunan Pemuda Umno dan memberi ucapan ringkas. Katanya, BERSIH 2.0 tidak boleh disokong kerana ia telah resapi parti-parti pembangkang.

Beliau kemudian mengetuai kumpulan itu berarak menuju ke Stadium Merdeka.




Memohon pertolongan Ilahi...


caption

Orang ramai terpaksa bersolat di dlm KTM KL kerana tidak dibenarkan memasuki Masjid Negara




1.55pm: Hujan mula mencurah di Kuala Lumpur.



Bersih 2.0 Update: At least five senior Pakatan leaders have been arrested so far, with PAS deputy president Mohamad Sabu and PKR vice-president Fuziah Salleh. It is not known where they are being detained. PAS vice-presidents Mahfuz Omar and Salahuddin Ayub are now being held at the Jinjang police station, while PKR deputy president Azmin Ali is detained at the Police training centre.


1:43pm: Masjid Jamek - Sekumpulan kira-kira 10 pegawai polis tugas am yang memakai topeng gas, mengejar penunjuk perasaan yang berlari lintang pukang ke dalam kawasan Masjid India.


"Menuju ke Stadium Merdeka terserempak dgn Petriot.. Ada la dalam 100 org.. Polis pulak tolong kawal lalulintas. Bersih di tangkap.. Memang double standard.." - Ketua Pemuda PAS Kelantan.



NONE



caption



FRU Sedang menembak dengan air kimia...namun peserta tetap tabah...

4sjr.jpg



pulim.jpg



Pengerusi Bersih, Ambiga dilapor akan mula bergerak bersama pimpinan Pakatan Rakyat ke Stadium Merdeka dari Hotel Hilton


70,000 - 80,000 sedang berkumpul di depan Pudu Raya,Kuala Lumpur






caption




PEMIMPIN PAKATAN merancang untuk mengadakan perarakan dari KL Sentral ke Istana Negara pukul 2 petang.


Bersih 2.0 Update: Riot police and protesters are now in a stand-off in at least four separate locations, as Bersih 2.0 supporters get into a cat-and-mouse game in a bid to get to Stadium Merdeka. The standoffs are currently at the KL Selangor Chinese Assembly Hall, the area near the Bar Council office, Masjid Jamek and Pudu.




1.15pm: Masjid Negara - Masjid ini hampir kosong dan dipenuhi anggota polis. Ada yang mengadu tandas dikunci sehingga menyusahkan orang ramai.

1.00pm: Masjid Jamek - Jumlah penunjuk perasaan semakin ramai dengan tidak kurang 1,000 orang yang bersiap sedia untuk berarak.

NONESebelum itu, seorang pelajar dilaporkan terkena tembakan kanister gas. Beliau memohon gambarnya yang cedera tidak disiarkan kerana bimbang akan dikenakan tindakan oleh kerajaan kerana beliau seorang pelajar.

12.51pm: Hotel Hilton - Pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya tiba di bilik hotel Anwar Ibrahim. Wartawan tempatan dan luar negara sudah bersiap sedia untuk sidang akhbar yang dijadualkan itu.



caption



fjsza.jpg


caption


caption



Bersih 2.0 Update: A fourth crowd has begun marching from Masjid Jamek, getting riot police in a scramble as they attempt to contain crowd movement from at least three other locations. FRU officers earlier engaged crowds marching from the old KTM station, Central Market and Petaling Street. The total crowd is estimated to exceed 6,000 and growing. http://bit.ly/pf6Wwa


caption





12.50pm: About 3,000 to 4,000 people are marching from Petaling Street in downtown Kuala Lumpur to Stadium Negara.

They are chanting 'Bersih, Bersih, Pilihanraya' and 'Hidup, Hidup, Rakyat'.

Six middle-aged protestors began a rendition of Negaraku, which immediately received a strong response from the crowd, which sing along.

Dr Wong Fort Pin, one of the six singers, said they are celebrating peace.

"We are walking for a better Malaysia," he said.

12.51pm:
Hilton Hotel - PKR leaders Nurul Izzah Anwar, Syed Husin Ali, Lateefah Koya arrive in Anwar Ibrahim's hotel room. Local and foreign media are at the lobby.


12.54 pm: Dianggarkan 5 tembakan gas pemedih mata dilepaskan di Dataran Merdeka.

12.52 pm: Sedang berlaku kejar-mengejar antara polis dan orang ramai di Masjid Jamek.

12.50 pm: Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dibawa ke Balai Polis Jinjang.


Bersih 2.0 Update: It was learnt that PKR deputy president Azmin Ali was detained at the Police training centre (Pulapol) at around 12.50pm. He is the third senior Pakatan Rakyat leader to be roped in, after PAS vice-presidents Mahfuz Omar and Salahuddin Ayub were picked up at KL Sentral about 30 minutes earlier.



Bersih 2.0 Update: Police fire tear gas on two processions of Bersih 2.0 protesters near the Bar Council headquarters at around 12.45pm. A third procession is also reported to have started from Petaling Street at the same time.




ALL GROUPS! WEAR YELLOW NOW AND CONVERGE TO DATARAN MAYBANK!










12.34pm: Kira-kira 1,000 orang mula bergerak dari stesen lama KTM menuju Dataran Merdeka.


Orang ramai sudah mula berhimpun di sekitar jalan menuju Stadium Merdeka. Trafik dan anggota polis semakin ramai menunggu peserta himpunan





12.40pm: Menurut facebook polis, seramai 441 orang, termasuk 20 wanita, ditahan sehingga jam 12 tengahari.

12.16pm: Masjid Jamek - Hampir tidak ada kedai yang dibuka, kebanyakan orang berlegar di jalan dan lorong belakang Little India, menunggu masa untuk berhimpun.

Polis terus memeriksa dan menangkap mereka yang disyaki akan berhimpun.

"Mereka arah kami buka beg, macam mana bom didalamnya,” kata seorang wanita Melayu dari Klang yang berang apabila begnya diperiksa oleh empat anggota polis.

"Kenapa kami tak boleh duduk sini? Ini hak asasi kami,” kata seorang lagi wanita yang juga dari Klang.

12.15pm KL Sentral - Dua naib presiden PAS - Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub ditahan ketika dalam perjalanan ke Hotel KL Hilton. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail sudahpun berada di sana.


jv4r.jpg



caption

Perarakan berterusan ke jalan Mahkamah



Ketua Umum KEADILAN, DS Anwar Ibrahim sedang bersedia untuk berarak dari Hotel Hilton KL. Jika tiada tangkapan beliau akan bergerak jam 1.15


BERSIH 2.0 di Melbourne, Australia. Tahniah!




Menuju MenaraMybank...


Kuala Lumpur - Setakat jam 12.00 tengah hari ini sebanyak 338 tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis iaitu 321 lelaki dan 17 perempuan di beberapa lokasi termasuk Masjid Jamek , Dataran Merdeka, Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Central Market dan Istana Negara.


12 : 15 Tengahari : Kedengaran laungan Reformasi dari Aktivis Bersih sedang berarak di LRT Pasar Seni


11.55pm: Stesen lama KTM - Masih ramai yang berlegar di sekitar stesen keretapi ini. Mereka diminta meninggalkan kawasan itu melalui jejantas berhampiran Mahkamah Syariah.

NONEPuluhan telah ditahan di kawasan ini. Polis juga dikatakan bertindak kasar terhadap suspek. Ada yang dicekup di tengkuk. Lori polis kedua yang penuh dengan tahanan beredar ke balai polis.

Polis anti-rusuhan juga bersiap-sedia dan dipercayai akan bergerak masuk ke stesen KTM bagi menyuraikan rakyat yang cuba berhimpun itu.












caption



11.44am: Jumlah terbesar orang ramai yang berhimpun adalah di kawasan sekitar Masjid Jamek dan Masjid Negara. Namun, pintu pagar Masjid Jamek dikunci manakala di Masjid Negara polis tidak membenarkan mereka memasuki kawasan masjid. Ramai yang berkumpul sekitar kawasan stesen lama KTM


11.35am: Ketegangan berlaku di stesen lama KTM. Anggota polis cuba menyuraikan orang ramai di dalam bangunan.


Masjid Kg Baru - 34 lagi peserta himpunan ditanggkap dan dibawa ke Pulapol. Semua tangkapan ini tidak melemahkan semangat, ia membakar semangat rakyat untuk turun sekarang juga! ayuh jalan kaki ke KL dari sempadan terakhir kereta anda terhenti. Walk for democracy and Demi Rakyat!



NONE


Saya sudah berjaya tiba di "forbidden city of KL."11:25am: Menurut sumber, pemimpin Pakatan Rakyat telah bergerak ke pusat bandar.

Perhimpunan BERSIH di Melbourne, Austarlia berjalan lancar...



caption


BERSIH - Police say 236 arrests up to 11am, including 8 females.


11:10am: KLCC - Tiada bukti bahawa gas pemedih mata telah digunakan ke atas penunjuk perasaan di sini. Pengunjung kelihatan mundar-mandir seperti biasa.



11am: Satu sumber Bukit Aman berkata lebih 100 orang telah ditangkap pagi ini setakat ini.

11am: Stesen LRT Hang Tuah LRT kini ditutup kerana "sebab-sebab keselamatan".

1055am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

NONE

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.










1055am: Stadium Merdeka - Polis menutup stesen monorail Maharajalela dan stesen Hang Tuah yang terletak berhampiran Stadium Merdeka.

Perkhidmatan monorail masih diteruskan di stesen-stesen lain.

10.55am: Kira-kira seratus anggota polis sedang mengawal laluan ke Masjid Negara. Beberapa penyokong Pakatan Rakyat kelihatan sedang disoal.


Nasrudin Hassan : kini lebih 2000 org di sekitar KLCC dan mereka telah di simbah gas pemedih mata dan water canon, sekitar KTM dan masjid negara juga sudah mulai ramai, masjid jamek sekitar 2 - 3 ribu org . Ramai lagi sdg berhimpun di Gombak , Jln Duta


- 10.15am - Station Hang Tuah & Maharajalela (Aliran Monorel) telah ditutup atas arahan polis. 10:43am: Sogo - Tiga lagi lelaki, membawa beg galas, ditahan di sekitar kawasan tersebut.

Seorang daripadanya yang berbadan tegap dan berjanggut kelihatan memakai tag akhbar Bernama.


10:25am: Masjid Jamek - Terdapat lebih banyak tangkapan di sekitar stesen LRT Masjid Jamek. Trak polis yang diletakkan di sebelah masjid Masjid Jamek mempunyai sekurang-kurangnya 16 orang di dalamnya.

10:23am: Laporan PDRM - sehingga jam 9 pagi, 'Operasi Polis Perhimpunan 9 Julai 2011' membabitkan 21 tangkapan.

10:21am: KLCC - BERSIH tweet bahawa berlaku pertembungan polis dengan penyokong. "Kanister gas digunakan," katanya. Malaysiakinisedang cuba mengesahkannya.



Jalan di Kuala Lumpur BERSIH !...




10.25am: Stadium Merdeka - Polis pasang kawat berduri di Jalan Stadium yang ditutup bukan sahaja kepada kenderaan tetapi juga pejalan kaki. Kira-kira 20 wartawan juga sedang berkumpul di kawasan ini yang penuh dengan anggota polis.


Ketua Pemuda Pas Gombak, Ustaz Syarhan Humaizy ditangkap polis berhampiran YMCA, Brickfields @BERSIH_live @bersih2


10.06am: Di stesen lama KTM, seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.



10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.






Bersiap sedia menyambut kedatangan rakyat...INI PERHIMPUNAN AMAN...

Tangkapan tidak akan menggentarkan rakyat lagi...



Rakyat semakin berani hadir...tidak kira tua dan muda...sejarah baru sedang dilakar...






9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.



tenang kwn2.jumlah pendokong BERSIH yg sudah ada dlm pusat bandar KL sudah puluhan ribu mungkin sudah mencecah 100k.anggota polis baru 3 - 4 ribu shj.jumlah kita jauh lebih besar&sudah pun menenggelamkan mereka.cuma kita masih dlm kumpulan2 kecil&belum bergabung


9.40am: IPK Kuala Lumpur - Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan 21 orang telah ditangkap pihak polis.

Secara tidak rasmi, seorang lagi pegawai berkata tidak kurang 100 orang yang telah ditangkap.

9.38am: - Kampung Baru - Tambahan 18 lagi ditahan dipercayai penyokong BERSIH di sekitar kawasan ini. Jumlah itu tidak termasuk dengan tangkapan pertama pada kira-kira sejam sebelum ini di mana sembilan orang dicekup.



Jalan di Kuala Lumpur lengang...


8.50 am: Masjid Negara - Kira-kira 600 orang sedang berkumpul diarah mengosongkan kawasan Masjid Negara.

8.45 am: Kampung Baru - Sembilan ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai

8.40 am: Muzium Negara - 12 orang ditangkap ketika sedang berkumpul di perkarangan muzium.


Umno akan muncul 1230tgh area Bkt Bintang dkt KFC dengn baju merah dan di lindungi POLIS


BERSIH 2.0

9.15am: DBKL - Kira-kira 60 anggota polis dan sepuluh trak dilihat berada di persimpangan T di hadapadan bangunan DBKL.

9.05am: KL Sentral - Polis sedang memeriksa bag-bag ke4punyaan penyokong PAS yang baru tiba dari Kelantan.


Drlo'lo' Ghazali :"Salam perjuangan utk semua. ayuh kita BERSIH kn hati dgn solat sunat dan ma'thurat sebelum keluar ruma. Biar perjalanan kita dipenuhi dgn istighfar, selawat, tahmid, zikir kpd Allah."


Dataran Merdeka...


Kg baru penangkapan sedang berlaku. Polis tarik orang yg sedang makan ke dlm trak.Di masjid india keadaan tegang. Org awam ditangkap #bersih

Dataran Merdeka - Police telah menutup kawasan Dataran Merdeka. Lebih enam trak FRU, termasuk trak meriam air diletakkan di lokasi ini.

Sepanjang Jalan Tun Perak, berhampiran stesen Masjid Jamek, puluhan trak FRU dan sebuah trak meram air bgersiap sedia. Kawasan ini adalah lokasi yang lazimnya menjadi tempat berkumpul bagi penunjuk perasaan.

Dianggarkan tidak kurang 300 anggota FRU dan anggota polis lain berkawal di sini.

"Tiada sesiapun yang yang boleh masuk kawasan ini,” kata seorang polis apabila wartawan Malaysiakini cuba meninjau kawasan sekitar Dataran Merdeka.

9.00am: Stadium Merdeka - Jalan ke stadium itu dari Jalan Maharajalela sudah dikepung dengan halangan kawat berduri. Wartawan yang ingin memasuki kawasan itu perlu berdaftar dengan polis.

8.45am: Ibu pejabat PAS - Belum kelihatan anggota polis berpakaian seragam mahupun kenderaan mereka. Namun sekumpulan yang tidak dikenali dilihat memasang kamera video bertentangan bangunan itu. Adalah dipercayai pemimpin utama PAS sedang berkumpul di sana.

8.40am: Jalan Tunku Abdul Rahman - Pasukan pemantau Majlis Peguam turun ke jalanan dengan berpakaian suit hitam dan tag 'Pemantau' di jaket mereka.

"Kami akan pantau perhimpunan ini dan merakamkan gambar jika perlu. Terdapat kira-kira 100 pemantau Majlis Peguam. Ada yang membekalkan khidmat guaman,” kata HR Dipendra, yang mengetuai pasukan 15 pemerhati.





FRU bersiap sedia di hadapan Dataran Merdeka menunggu kemaraan rakyat


Tangkapan pertama @bersih2; Nama Muhd al-Dzumi Bin Abdul Rahim ic: 650511-11-5243 dihantar ke balai polis Jinjang

-Twitter Ketua AMK-

8.30am: Kampung Baru - Sembilan penyokong BERSIH 2.0 ditangkap dan dihumban ke dua lori polis berhampiran Masjid Jamek Kampung Baru. Jalan menuju masjid itu juga telah ditutup kepada orang ramai.



8.25am:
Sogo - Pusat membeli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman lebih mirip seperti pangkalan polis. Lebih 10 trak polis dan 100 anggota juga berada di kawasan ini. Terdapat sekatan jalan di kawasan ini. Setiap kenderaan juga diperiksa.

8.10am:
Tune Hotel - Persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tunku Abdul Rahman kini dikawal tidak kurang 100 anggota polis yang memeriksa semua kenderaan yang melalui kawasan ini. Pelancong dilaporkan sukar mendapatkan teksi.

8.00am: Jalan Bukit Bintang - Kawasan pelancongan di Bukit Bintang masih kosong. Tidak banyak kereta mahupun pejalan khaki. Tidak terdapat ramai anggota polis di kawasan ini. Lokasi ini akan dijadikan tempat berkumpul Pemuda Umno pada jam 1.30 petang nanti.

7.50am: Masjid Jamek - Kehadiran polis yang ramai. Jalan di hadapan masjid telah ditutup kepada orang ramai.

7.45am: Masjid Negara - Puluhan jeep FRU dan lori meriam air ditempatkan sekitar bulatan Jalan Keretapi bertentangan kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Tiada sekatan jalanraya di kawasan ini tetapi kelihatan ramai anggota polis.