Saturday, 4 June 2011

Mat Sabu Sah Dipilih Timbalan Presiden PAS Baru


Saturday, 04 June 2011 | Ruangan: Berita

GOMBAK 4 JUN - Mohamad Sabu disahkan dipilih memegang jawatan Timbalan Presiden PAS yang baru dalam pengumuman pemilihan PAS di sini hari ini.

Pemimpin akar umbi popular itu meraih 420 undi bagi mengalahkan penyandangnya, Nasharudin Mat Isa (224 Undi) dan seorang lagi ulama disegani, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 Undi).

Bagi barisan naib presidennya pula, perwakilan parti itu membuat keputusan untuk mengekalkan dua orang ahli parlimennya di jawatan itu — Salahuddin Ayub (Kubang Kerian) dan Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena).

Salahuddin meraih 753 undi manakala Mahfuz pula mendapat 616 undi.

Bagi melengkapi pasukan pilihan raya ini, para perwakilan turut memilih tokoh profesional, Datuk Husam Musa (660 Undi) ke jawatan naib presiden.

Tiga calon lagi kecundang dalam pemilihan sengit untuk jawatan berkenaan — bekas menteri besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin, exco kerajaan Kelantan Nik Mohamad Amar dan ketua penerangannya, Idris Ahmad.

Nizar mendapat 217 Undi manakala Nik Mohamad Amar meraih 321 Undi, diikuti Idris yang menerima 491 Undi.

caption