Saturday, 21 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh : Seorang Mayat Lagi Dibawa Keluar




Saturday, 21 May 2011 | Ruangan: Berita

Kajang 21 Mei – Mayat seorang lagi mangsa berjaya dibawa keluar dalam tragedi tanah runtuh di rumah Persatuan Anak-anak Yatim Malaysia di Batu 14, Hulu Langat, Kajang, dekat sini hari ini.

Mayat ketiga dibawa keluar pukul 6.10 petang tadi manakala 12 lagi mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Ampang dan Kajang untuk rawatan.

Dipercayai 18 kanak-kanak tertimbus dalam kejadian tersebut.

-Laporan lanjut bakal menyusul-