Saturday, 21 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh: MB Selangor Kerah Misi Bantuan Segera

Saturday, 21 May 2011 | Ruangan: Berita

SHAH ALAM 21 Mei – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebentar tadi mengarahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh di Hulu Langat untuk memberi bantuan segera.

Ini dinyatakan Khalid dalam laman Twitternya, sebentar tadi.

Abdul Khalid berkata ” Telah arahkan Misi Bantuan Kemanusiaan Selangor, Yayasan Amal dan Briged Amal ke tempat kejadian tanah runtuh untuk beri bantuan segera.”

Memetik twitter Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata “Tanah Runtuh Bt 14- Yayasan Amal dan Bridged Amal yg diketuai YB Dr Ahmad Yunus akan memberi bantuan. Kerajaan Negeri akan menubuhkan tabung bantuan bencana bagi membantu mangsa. semoga diberi kekuatan dan kesabaran..”