Saturday, 21 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh : Angka Korban Enam Orang

A rescuer uses a construction machine to search ...

Saturday, 21 May 2011 | Ruangan: Berita

Hulu Langat , 21 Mei – Seorang lagi mangsa tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat meninggal dunia di Hospital Ampang malam ini.

Penghuni lelaki itu adalah antara sembilan mangsa yang cedera yang dikeluarkan daripada runtuhan itu petang ini.

Ini menjadikan jumlah yang maut dalam kejadian itu sehingga pukul 10 malam ini ialah enam orang.

Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang ini, seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan rumah anak yatim itu tertimbus dalam runtuhan tanah yang meranapkan khemah yang dipasang untuk persiapan satu majlis yangdijadual pada pukul 5 petang .

Sehingga kini, seramai 10 lagi mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu. Operasi mencari dan menyelamat oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis,Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) diteruskan sehingga semua mangsa ditemui.