Thursday, 5 May 2011

Peringkat-peringkat kemunculan al-Massih ad-Dajjal

Peringkat Kemunculan Dajjal: "satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.

Ingatlah dalam sebuah hadis yang paling penting bagaimana Baginda Nabi Muhammad SAW telah memberitahu bahawa apabila Dajjal dilepaskan di dunia, ia akan hidup di Bumi selama 40 hari.

Tanya kami; “Berapa lamakah Dajjal akan tinggal di bumi?”, jawab Rasullullah:

“Selama empat puluh (40) hari, satu hari sama seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti seminggu dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang”.Tanya kami; “Ya Rasullullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah kalau kami solat seperti solat sekarang ?”, jawab Rasullullah; “Tidak” tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.

(HR Muslim)
Kesimpulan hadis ialah Dajjal hidup dalam 4 peringat, iaitu:
1 hari = Setahun
1 hari = Sebulan
1 hari = Seminggu
37 hari = Seperti hari kita

Apabila harinya seperti hari-hari kita, Dajjal akan berada dalam dimensi masa manusia. Tapi sebelum itu, pada 3 peringkat terawal, Dajjal telah wujud didunia akan tetapi Dajjal tidak berada dalam dimensi masa manusia kerana harinya tidak akan sama dengan hari kita. Apabila Dajjal berada dalam dimensi masa kita, kita akan boleh melihat dia pada waktu itu. Pada masa itu, Dajjal akan muncul sebagai seorang manusia (bukan lagi muncul dalam sistem pemerintahan dan tamadun seperti 3 peringat terawal).

Dajjal seorang yang berketurunan Yahudi, seorang pemuda yang bertubuh sasa dan berambut kerinting. Pada waktu itu, apabila Dajjal muncul di dunia dalam dimensi masa kita, Dajjal akan muncul dari arah Timur. Rasulullah SAW menuding jari baginda ke arah Timur sebanyak 20 kali.

Peringkat Pertama: "satu hari seperti setahun".

Dimanakah Dajjal pada peringkat ini?

kita bernasib baik kerana kita ada jawapannya dari Sahih Muslim. Hadis ini dikenali sebagai Hadis Tamim ad-Dari. Beliau pada mulanya merupakan seorang Kristian dan memeluk agama Islam dengan mengucap kalimah syahadah di Madinah. Beliau datang kepada Nabi Muhammad SAW dan meriwayatkan pengalaman yang beliau telah lalui (rujuk Bab Pertama di atas).

Ianya bermula di BRITAIN!
(Pax Britannica: Peringkat pemerintahan pertama Dajjal dalam dimensi masa berlainan)

Buktinya, pada tahun 1917, Setiausaha Kerajaan British, Lord Balfour telah mengumumkan Deklarasi Balfour. Pada masa itu Britain merupakan suatu kuasa besar dunia. Beliau mengumumkan dalam deklarasi tersebut bahawa Kerajaan British berhasrat untuk meneruskan usaha penempatan Kaum Yahudi di Palestin.

Pada tahun 1919, General British yang telah mengetuai angkatan tentera yang mengalahkan Kerajaan Turki Ottoman, dari perspektif kaum Yahudi, Tanah Suci Jerusalem telah dimerdekakan dan pada masa sama Britain telah menjadi sebuah kuasa dunia.

Britain kemudiannya menjadi kuasa pemerintah Tanah Suci dan Liga Bangsa pada masa itu telah menganugerahkan Britain kuasa mandat untuk mengawal Tanah Suci. Britain mengawal Tanah Suci dari tahun 1919 sehingga 1948.

Pada tahun 1948, Britain bertindak sebagai 'bidan' yang bakal menyambut kelahiran seorang bayi. 'Bayi' itu adalah Negara Israel.

Melihat kepada semua yang telah berlaku, Sheikh Imran telah membuat kesimpulan bahawa Pulau yang dijumpai oleh Tamim ad-Dari itu adalah Britain! Bermula dari Britain-lah, Dajjal telah dibebaskan dan memulakan misinya untuk menipu Bani Israel dan memperlihatkan kepada mereka bahawa Zaman Kegemilangan (II) mereka sudah kembali.

asasnya, semuanya terkandung dalam Hadis Sahih Muslim, iaitu Hadis Tamim ad-Dari. Semasa Dajjal melancarkan misinya dari Britain, Tanah Suci telahpun dimerdekakan dari pemerintahan Bukan Yahudi.

Semasa Dajjal berpangkalan di Britain, Yahudi telah kembali semula ke Tanah Suci serta Negara Israel dibangunkan kembali. Tiga daripada empat misi al-Massih yang disebutkan di atas telah berjaya dilaksanakan. Dengan ini, majoriti daripada Yahudi telah yakin bahawa semua ini (konon) adalah rahmat daripada Allah.

Apabila Dajjal berada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu tahun", dia berada di sebuah pulau (Britain) menurut hadis Sahih Muslim iaitu Tamim Ad-Dari, dimanakah dia berada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan"...?

Peringkat Kedua: "satu hari seperti sebulan".

Dimanakah dia berada pada pada waktu "satu hari bersamaan dengan satu bulan"..? Adakah dia berpindah ke kawasan yang lain..? Sekiranya dia berpindah ke kawasan yang lain, bagaimana kita boleh mengenal pasti nya?

Sheikh Imran Hosein menggunakan kayu ukur untuk menentukan dan mengenalpasti samada Dajjal berpindah ke kawasan lain atau Dajjal tidak lagi berada dalam tempoh "satu hari bersamaan dengan setahun" adalah dengan melihat sekutu kepada Negara Israel itu sendiri, iaitu sekutu yang menjamin keselamatannya dan sekutu yang menyokongnya secara berterusan dan menjadikan Negara Israel itu semakin kuat. Adakah ia di Britain? Jawapannya adalah TIDAK.

Ada pihak lain yang mengambil alih daripada Britain sebagai sekutu yang strategik bagi Israel. Britain masih menjadi sekutu bagi Israel, akan tetapi sekarang ada sekutu lain yang lebih penting daripada Britain. Jawapannya adalah.. Amerika Syarikat.

Ianya berpindah ke Amerika Syarikat!
(Pax Americana: Peringkat pemerintahan kedua Dajjal dalam dimensi masa berlainan)

Amerika Syarikat (AS) secara tiba-tiba menjadi sekutu kuat bagi Israel pada masa sekarang. AS menyokong Israel dari segi kewangan, material dan juga dalam hal-hal ketenteraan. Sheikh Imran Hosein membuat kesimpulan mudah bahawa Dajjal tidak lagi berada di Britain pada waktu sehari bersamaan dengan sebulan.

Britain telah memberi laluan kepada negara lain untuk mengambil alih kuasa. Britain pernah menjadi kuasa besar dan pernah memerintah dunia, tetapi sekarang negara lain secara tiba-tiba telah mengambil alih dari Britain untuk menjadi kuasa pemerintah dunia dan menjadi sekutu kuat bagi Israel. Ini tidak lain tidak bukan adalah Amerika Syarikat. Bilakah peralihan 'setahun' ke 'sebulan' ini berlaku?

Bukti pertama ialah semasa Perang Dunia Kedua kerana semasa terjadinya Perang Dunia Kedua, semua tentera bersekutu di Benua Eropah untuk menentang Hitler, Arahan utama adalah berada dibawah Jeneral Eisenhower, seorang Jeneral Amerika. Ini adalah bukti kukuh yang menunjukkan bahawa AS telah mengambil alih daripada Britain.

Bukti yang kedua ialah semasa penghujung Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945, komuniti antarabangsa telah bersama-sama menganjurkan persidangan di Bretton Woods, di bahagian utara New York, untuk mencipta satu sistem kewangan antarabangsa yang baru.

Sebelum ini, London pernah menjadi pusat kewangan dunia semenjak Bank of England ditubuhkan lebih kurang 200 tahun lalu dan nilai mata wang tertinggi ketika itu adalah pound sterling British.

Tetapi sesuatu yang pelik telah berlaku di Bretton Woods iaitu Perjanjian Bretton Woods telah mengangkat nilai mata wang Dollar AS dan perjanjian itu juga telah menjadikan Washington sebagai pusat kewangan dunia kerana International Monetary Fund (IMF) dan Bank Dunia sekarang adalah terletak di Washington. Ini adalah bukti kedua yang menunjukkan bahawa Britain telahpun berundur diri dan AS telah mengambil alih kuasa pemerintah dunia.

Bukti yang ketiga adalah lebih dramatik daripada itu. Pada tahun 1952, satu revolusi telah tercetus di Mesir dan Raja Mesir, King Farouk telah digulingkan oleh angkatan tentera dan angkatan tentera telah mengiktiraf Jeneral Muhammad Naquib sebagai Presiden akan tetapi beliau hanya berperanan sebagai ketua perhimpunan kerana ada sekumpulan pegawai tentera lain yang sebenarnya lebih berkuasa.

Muhammad Naquib kekal menjasi presiden dari tahun 1952 sehingga tahun 1956. Tetapi pada tahun 1955, telah berlangsungnya persidangan penting antara negara Asia dan Afrika di Bandung, Indonesia.

Semasa persidangan di Bandung, Muhammad Naquib tidak hadir untuk mewakili Mesir tetapi diganti dengan Gamal Abdul Nasser. Itu adalah petanda terhadap siapa yang sebenarnya berkuasa. Pada tahun 1956, Gamal Abdul Nasser menggantikan Muhammad Naquib sebagai Presiden Mesir. Tidak lama selepas itu, pada tahun yang sama, Gamal Abdul Nasser telah menasionalisasikan Terusan Suez.

Terusan Suez dibina oleh seorang jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Dan kemudiannya pihak Britain dan Perancis bersama-sama menguasai Terusan Suez. Gamal Abdul Nasser ingin menasionalisasikan Terusan Suez dengan membawa tentera Britain dan Perancis keluar dari situ dan tentera Mesir kemudiannya mengambil alih Terusan Suez.

Ini secara terang-terangan merupakan satu bentuk konfrontasi terhadap Britain. Demi mempertahankan status sebagai kuasa besar, Britain telah memberi respon dengan mengeluarkan AS dari pakatan dan Britain kemudiannya bersama-sama dengan Perancis menyertai Israel dalam menceroboh Mesir. Mereka mendarat di Suez dan menawan Suez.

Askar Israel juga memasuki kawasan Semenanjung Sinai dan menawan seluruh Sinai dan tentera Israel tiba di Terusan Suez. Apa yang berlaku, Jeneral AS, Dwight Aisenhower berkata.. 'Tidak'! 'Saya tidak membenarkan pencerobohan ini berlaku' dan 'Undur tentera kamu dan Balik'!.

Perdana Menteri Britain pada masa itu, Sir Anthony Eden terpaksa mengundurkan tenteranya sama terjadi kepada tentera Perancis dan Israel oleh kerana Presiden AS berkata 'Tidak'! Ini adalah bukti ketiga dan juga paling dramatik yang AS telah mengambil alih daripada Britain sebagai kuasa pemerinah dunia.

Sheikh Imran Hosein tidak menyatakan tarikh-tarikhnya (kedatangan Dajjal) di sini sebab beliau mahu kita mengira sendiri. Pertama, itu adalah apabila satu harinya bersamaan dengan setahun, ini adalah waktu apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan. Apa pula yang terjadi selepas itu? Sekarang adalah masa kalian untuk berfikir..

*Di setiap arteri-arteri kuliah Sheikh Imran. beliau tidak pernah lupa mengungkap 'Allah Knows Best' Allahu A'lam -Allah Lebih Mengetahui.

Peringkat Ketiga: "satu hari seperti seminggu".

Demi menyempurnakan misinya, Dajjal perlu bergerak dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada waktu satu harinya bersamaan dengan seminggu. Sekiranya dia berada di satu kawasan semasa satu harinya bersaman dengan setahun dan kawasan itu menjadi kuasa pemerintah, dan kemudian apabila satu harinya bersamaan dengan sebulan dia berpindah ke satu lagi kawasan baru dan negara itu juga menjadi kuasa pemerintah, dan apabila satu harinya bersamaan dengan seminggu dia akan berpindah ke kawasan atau negara ketiga dan negara ketiga ini akan menggantikan AS sebagai kuasa pemerintah dunia. akan tetapi, negara ini tidak akan memerintah lama dan hanya mengambil masa yang singkat. Negara manakah ia? Israel? ya. semestinya!

Ianya berpindah ke Israel!
(Pax Judaica: Peringkat pemerintahan ketiga Dajjal dalam dimensi masa berlainan)

Bukti pertama, tertubuhnya Negara Israel disebabkan oleh Kerajaan AS dan adanya orang seperti Jonathan Pollard. Negara Israel mempunyai senjata-senjata nuklear yang cukup untuk sekali lagi menjadi kuasa besar dunia.

Tetapi untuk mendapat pengiktirafan sebagai kuasa pemerintah dunia, Israel hendaklah mempunyai sesuatu yang hebat untuk dpertontonkan, sesuatu yang berkaitan dengan ketenteraan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Apabila Israel berjaya melakukannya, ia hendaklah keluar dari latihan ketenteraan itu dan mucul sebagai sebagai kuasa dominan di kawsan tersebut supaya semua kawasan di sekitar Israel.

Bukti kedua, Semasa Britain menjadi kuasa pemerintah dunia dahulu, London pernah menjadi pusat kewangan dunia.

Semasa AS menjadi kuasa pemerintah dunia, Washington pernah menjadi pusat kewangan dunia dibantu oleh New York.Sekiranya Israel perlu mengambil alih kuasa pemerintah dunia, sesuatu yang dramatik juga perlu berlaku dalam sistem kewangan di seluruh dunia.

Dan kesan daripada itu, pusat kewangan dunia telah beralih kepada Jerusalem.

Sistem kewangan antarabangsa sekarang berlandaskan kepada penggunaan wang kertas (penipuan). Sistem kewangan ini memang merupakan satu penipuan kerana keseluruhan sistem kewangan dunia berhubung kepada satu matawang iaitu AS Dollar kerana apabila matawang AS Dollar jatuh, ia akan menjatuhkan keseluruhan sistem. jadi, bolehkah nilai matawang AS Dollar jatuh? Jawapannya ialah 'Ya'. Sesuatu akan berlaku yang mana akan menjatuhkan nilai matawang AS Dollar.

Baginda Nabi Muhammad SAW pernah bersabda maksudnya "akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai (sebagai wang) kecuali Dinar (emas) & Dirham (perak)" Musnad Imam Ahmad Bin Hambal.

Kita terpaksa menanggung akibat itu sekarang kerana mengabaikan sunnah baginda iaitu syiling emas dan perak. Sistem kewangan antarabangsa sekarang berada di bawah kawalan sistem perbankan Yahudi.

Jika mereka mahu, mereka boleh saja menjatuhkan nilai AS dollar hari ini kerana mereka mampu melakukannnya kerana Washington telah mencetak wang kertas terlalu banyak . Kesimpulannya, dua perkara berlaku iaitu pertama, sistem kewangan perlu jatuh dan selepas itu, Yahudi akan menguasai kewangan dunia. Kedua, mereka haruslah mempunyai sistem ketenteraan yang mantap.

Dan apabila tentera Israel ini mula menyerang, mereka menggunakan hujah 'kami terdesak' dan cuba mempertahankan diri mereka. Untuk melakukan semua ini, prosesnya bermula di mana Ariel Sharon memasuki Masjid al-Aqsa bersama dengan 1000 askar Israel dalam tindakannya yang bertujuan untuk menimbulkan provokasi supaya semangat Intifada dihidupkan kembali.

Apabila pembunuhan berlaku, Israel akan mula berbicara tentang keamanan tetapi pada masa yang sama mereka terus membunuh untuk membangkitkan semangat orang Palestin. Dan apabila penindasan terus meningkat, ia akan mula membangkitkan kesedaran di kalangan orang Arab untuk bersekutu menentang Israel.

Maka, serangan ketenteraan itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Sheikh Imran Hosein berpendapat bahawa apabila semua itu terjadi, ia adalah waktu yang paling sesuai untuk melumpuhkan sistem kewangan antarabangsa dunia.

Sepanjang tempoh sebelum ketibaan Dajjal, Peperangan Dunia III akan berlaku dan kekejaman berleluasa serta ia dijangka berlarutan lebih kurang 19 tahun sehingga ketibaan Imam Mahdi dan Nabi Isa. *rujuk Sea of Galilee.

Di zaman ini, Israel akan menguasai dunia dan menggunakan Electronic atau Chip Money. Sistem yang sama diimplementasikan di seluruh dunia melalui cip yang diletakkan pada kad pengenalan. Ketika itulah, Dajjal akan berpindah dari waktu satu harinya bersamaan dengan sebulan kepada satu harinya bersamaan dengan seminggu.

**Sheikh Imran menyatakan inilah Zaman kita huni sekarang di mana dimensi masa sehari bersama seminggu Dajjal.

Rujuklah Sea of Galilee dan hari kekeringannya. anda pasti mengetahui telahan Sheikh Imran ini adalah BENAR bersumberkan al-Quran dan Hadis.

Janganlah kita pandai mengungkap "Allah tidak pernah beritahu perkara ini @ Allah Lebih Maha Mengetahui @ Hanya kepada Allah lah terserah perkara-perkara ghaib" sedangkan kita tidak pernah berbuat sesuatu menggunakan akal kurniaan-Nya dan hanya berpeluk tubuh menunggu Hari Kiamat tiba. Kata Sheikh, inilah golongan ''kal an'am''.

Peringkat Keempat: "37 hari sama seperti hari kita".

Israel akan muncul sebagai kuasa pemerintah dunia dan tanggapan mula timbul bahawa ini adalah kebangkitan semula Zaman Kegemilangan (II).

Hanya ketika itu, Dajjal akan muncul pada harinya bersamaan dengan hari-hari kita yang biasa. Sheikh Imran berpendapat bahawa, Dajjal akan menjadi pemimpin Israel dan dari Jerusalem dia akan memerintah dunia.

Dia juga akan menyempurnakan misinya dan Zaman Kegemilangan (II) akan dibangkitkan semula. Tetapi, Bani Israel tidak akan sedar bahawa mereka sedang diperdaya oleh Dajjal.

Ianya berpusat di Jerusalem, Israel! (Pusat Pemerintahan keempat Dajjal dalam dimensi masa manusia yang NYATA)

Dan selepas itulah, Imam al-Mahdi akan muncul. Akan tetapi, Imam al-Mahdi tidak akan muncul sehinggalah air sudah kering di Laut Galilee.

Apabila Imam al-Mahdi muncul, Nabi Isa a.s akan diturunkan dan beliau akan membunuh Dajjal. Akan Tetapi, Nabi Isa a.s tidak akan muncul sehingga air di Laut Galilee sudah kering. Ketika itu Tanah Suci akan dimerdekakan.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

"Apabila kalian melihat kelibat bendera hitam datang dari arah Khurasan, pergilah menyertai angkatan tentera itu walaupun kalian terpaksa merangkak di atas ais. Pergilah menyertai angkatan tentera itu! Sebab khalifah Allah, Imam al-Mahdi menyertai angkatan tentera itu dan tiada siapa yang mampu menghalang mereka sehinggalah mereka tiba di Jerusalem"

Hadis Sunnah at-Tirmidzi.

Sheikh Imran Hosein mengingatkan golongan sekular bahawa kita tiada masa lagi untuk berdebat dengan mereka yang berlainan pendapat dengan kita. Mereka boleh memilih untuk tidak percaya sebab kita tidak kisah kerana hakikatnya telah kita ketahui. Pengembaraannya telah bermula! kita tahu, cuma tinggal sedikit masa saja lagi.

Apabila tentera Islam berjaya menjatuhkan Negara Israel, Tanah Suci akan dimerdekakan. Pengikut sebenar Nabi Ibrahim a.s akan mengambil alih Tanah Suci. Negara Israel Nabi Sulaiman a.s akan dibangunkan semula oleh Nabi Isa a.s.

Nabi Muhammad SAW bersabda:
"Isa a.s akan memerintah sebagai 'hakimul adil' (pemimpin yang adil dari Jerusalem)"

Jadi apa yang telah diriwayatkan telah menjadi kenyataan dan Zaman Kegemilangan juga akan berulang kembali, tetapi hanya pengikut Nabi Muhammad SAW yang akan mewarisi legasi Nabi Sulaiman a.s

Pengiraan secara rawak tahun kedatangan Dajjal (Allahu A'lam)

Untuk penerangan lebih lanjut tentang perkara ini sila rujuk buku "Jerusalem in the Quran" menyatakan pembahagian tempoh seperti di bawah:

1 hari seperti Setahun = Britain = Pound (Pax Britannica)
1 hari seperti Sebulan = Amerika Syarikat = Dollar (Pax Americana)
1 hari seperti Seminggu = Israel = Electronic Money/Chemtrail? (Pax Judaica)
37 hari = Zaman seperti hari kita, iaitu zaman kemunculan Dajjal dan memerintah dunia
secara NYATA dalam dimensi masa manusia.

**Pendapat Sheikh Imran dalam bukunya 'Jerusalem in the Quran' berpandukan situasi kebangkitan di negara Arab, berkemungkinan peperangan ini akan terjadi kurang dari 30 tahun dari sekarang.

Rujukan lain yang agak menarik menyatakan kemunculan Dajjal pada tahun 2033 (Allahu a'lam). Ini kerana Rasulullah SAW menyatakan kehidupan Dajjal semasa 3 peringkat pertama tidak seperti hari-hari kita, dan meminta (umat) menghitung harinya.

Apakah maksud ini?

-Maksudnya, kita perlu membuat kiraan matematik dan menghitung untuk mendapatkan tarikh kemunculan Dajjal. Oleh itu, persoalannya ialah apakah jumlah hari selain hari kita?

JAWAPANNYA, terkandung dalam surah al-Hajj:47

“…Dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi
Tuhanmu adalah menyamai SERIBU TAHUN dari yang kamu hitung...”;al-Hajj:47

Kini kita menemukan fakta dari sumber rujukan sahih iaitu al-Quran bahawa 1 hari bersamaan 1,000 tahun, dan fakta lain ialah terdapat 12 bulan atau 52 minggu di dalam setahun. Selainnya, tahun dikira mestilah mengikut tahun Hijrah dan bukan tahun Gregorian. Hanya Allah berkuasa menentukan kiraan masa dan bilangan tahun.

“…Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulanbercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapatmengetahui bilangan tahun dan kiraan masa…”;al-Yunus :5

Oleh itu, sedarlah semua. lihatlah dengan mata hati.. bahawa Dajjal telah muncul dalam kehidupan kita, akan tetapi kehidupan Dajjal yang kita huni sekarang tidak berada di dalam dimensi masa manusia di dunia.

(contohnya: Malaikat wujud disekeliling kita, akan tetapi, malaikat berada dalam dimensi masa yang berbeza dengan manusia)

Huraian al-Quran & Hadis dalam mendefinisikan taarif dimensi masa manusia dan bukan manusia berbeza ialah:

Dajjal hidup selama 40 hari:

Peringkat Pertama: 1 hari = Setahun = setahun (Dajjal) bersama 1,000 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Kedua: 1 hari = Sebulan = iaitu 1,000 tahun/12 bulan = 83 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Ketiga: 1 hari = Seminggu = 1,000 tahun/52 (minggu) = 19 tahun (dimensi masa manusia)
Peringkat Keempat: 37 hari = hari dimana Dajjal berada dalam dimensi masa manusia.

Dari kiraan ini, kita mendapati kehidupan Dajjal selama 1,000 tahun pada peringkat pertama, 83 tahun pada peringkat kedua, dan 19 tahun pada peringkat ketiga. Teori kiraan mengikut tahun Hijrah menyatakan Ya’juj & Ma’juj memecah tembok pada tahun 353 Hijrah (965 AD) (kaum Khazar mula aktif berdagang pada 850 AD).

Oleh itu: (fahamilah secara terperinci)

353 Hijrah + 1,000 tahun = 1353 Hijrah (Tahun 1935 AD)
= Zaman Dajjal menguasai Europe (Britian) & kejatuhan Britain
1353 Hijrah + 83 tahun = 1436 Hijrah (Tahun 2014 AD) *Zaman Kita Huni Hari Ini.
= Zaman Dajjal menguasai Amerika dan peralihan kepada Israel iaitu bermulanya Perang Dunia III

*(saudaraku, kita berada diakhir peringat kejatuhan Amerika sebelum peralihan kepada Israel) sedikit masa lama untuk berpindah ke peringkat ketiga.

1436 Hijrah + 19 tahun = 1455 Hijrah (2033 AD)

= Zaman Dajjal menguasai Israel dan penderitaan Perang Dunia III yang berpanjangan
= Kemunculan Imam Mahdi & Nabi Isa

*peringkat dimana saintis Yahudi menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa 50 tahun dari sekarang lebih kurang seperti pendapat Sheikh Imran yang menyatakan bahawa Sea of Galilee akan kering dalam masa kurang 40 tahun lagi)

**** INGAT! Walaubagaimanapun, kesemua kiraan tarikh sekadar teori dengan kebenaran tarikh sebenar yang BELUM PASTI terbukti. (Allahu a'lam) Kebenaran yang telah terbukti ialah tembok menyekat Ya’juj & Ma’juj terbuka dan mereka meluru turun dari kuasa pemerintahan (al-Anbiyaa’:95-96).

Bukti jelas yang lainnya ialah tuhan yang mereka sembah adalah Lucifer (Iblis). Kebenaran lain yang terbukti ialah tembok tidak berupaya ditebuk dan dinyatakan ayat 97 surah al-Kahfi telah ditebuk dan berlubang semenjak zaman kehidupan Rasulullah saw. Allah Knows Best!