Saturday, 21 May 2011

Antara 20 Hingga 30 Anak Yatim Dipercayai Tertimbus Di Ulu Langat

KAJANG 21 Mei : Kira-kira 20 hingga 30 penghuni sebuah rumah anak yatim di Sungai Gahal, Ulu Langat dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh pada jam 2.20 petang tadi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sebentar tadi berkata, setakat ini tiga kanak-kanak berjaya diselamatkan lapor Berita Harian Online.

Beliau bagaimanapun tidak dapat mengesahkan ada penghuni yang terkorban dalam kejadian itu.

Laporan Lanjut Bakal Menyusul-