Sunday, 22 May 2011

Al-Fatihah Kepada 16 Mangsa Yang Terkorban






Setiap kali mengacarakan Assalamualaikum, saya akan cuba menyelami setiap isu yang dibincangkan. Hari ini isu fokus ialah pada tragedi tanah runtuh Madrasah at-Taqwa di Hulu Langat yang meragut nyawa ramai anak-anak yatim. Sebak rasa di hati sukar dikawal apatah lagi bila melihat wajah-wajah mereka ini sebelum kejadian ketika selesai membuat latihan persembahan nasyid. Ya Allah, tempatkanlah mereka bersama para solihin. al-Fatihah.... ( Gambar ini diperolehi daripada pengacara TV Al-Hijrah -Amin Idris di Facebook)

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bekerjasama dengan penduduk kampung dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat. - Foto BERNAMA

Enam belas yang terkorban ialah :

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun

2) Nurahimi Rosdi, 14

3) Dzahir Haziq M. Muin, 11

4) Ahmad Lokman Hakim, 11

5) Farid Ibrahim, 34

6) Mohd Azret Azahari, 8

7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11

8 ) Zahid Assawal Zamri, 19

9) Mohd Mustakim Mamat, 12

10) Mohd Naerzein M. Nor, 8

11) Mohd Aiman Abdullah, 10

12) Shahrul Nurimran Adnan, 9

13) Mohd Zaid Azahari, 14

14) Mohd Imal Fahad, 9

15) Mohd Riezman Abdul Latif,9

16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Aizat Khusairi, 12

2) M. Allaudin Sobri, 14

3) M. Syatiq Ibrahim, 21

4) Khairul Anuar Nasri, 9

5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11

6) Zulkhairi Aminuddin, 13

7) Izzuddin Abdullah, 30

8 ) Izuan Zakaria, 33

9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10