Sunday, 22 May 2011

Al-Fatihah Kepada 16 Mangsa Yang Terkorban

AL-FATIHAH kepada Mangsa Yang Terkorban. Semoga Allah merahmati mereka dan diletakkan bersama para Anbia dan Solehin



KUALA LUMPUR, 22 Mei - Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat dekat sini.

Sehingga pukul 5.30 pagi ini, kesemua mangsa yang tertimbus dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban dan sembilan cedera lapor Bernama.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang semalam berakhir kira-kira 5.30 pagi ini dengan penemuan mangsa terakhir pada pukul 5.05 pagi.

Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap.

Enam belas yang terkorban ialah :

1) Mohd Kamarul Amizan, 11 tahun

2) Nurahimi Rosdi, 14

3) Dzahir Haziq M. Muin, 11

4) Ahmad Lokman Hakim, 11

5) Farid Ibrahim, 34

6) Mohd Azret Azahari, 8

7) Wan Ahmad Hasril Hazim, 11

8 ) Zahid Assawal Zamri, 19

9) Mohd Mustakim Mamat, 12

10) Mohd Naerzein M. Nor, 8

11) Mohd Aiman Abdullah, 10

12) Shahrul Nurimran Adnan, 9

13) Mohd Zaid Azahari, 14

14) Mohd Imal Fahad, 9

15) Mohd Riezman Abdul Latif,9

16) Mohd Hazim Sapri, 10

Sembilan yang terselamat iaitu:

1) Aizat Khusairi, 12

2) M. Allaudin Sobri, 14

3) M. Syatiq Ibrahim, 21

4) Khairul Anuar Nasri, 9

5) M. Harris Izuddin Sahrul, 11

6) Zulkhairi Aminuddin, 13

7) Izzuddin Abdullah, 30

8 ) Izuan Zakaria, 33

9) Mohd Akmal Mohd Jefri, 10

Lapan daripada mereka sedang dirawat di Hospital Ampang manakala Mohd Akmal di KPJ KAJANG.


Pengarah Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Ibrahim Komoo, berkata ini kerana kawasan berkenaan masih belum diteroka dan aliran puing hanya berlaku secara di kawasan sedemikian setiap 20 hingga 30 tahun sekali bergantung kepada cuaca semasa.

Katanya, kejadian berkenaan berkemungkinan mempunyai persamaan dengan tragedi banjir lumpur yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak pada 1996 dan di Jalan Susur Genting Highlands pada 1995.

“Debris flow ini berpunca daripada tiga faktor alam sekitar iaitu keadaan cuaca, keadaan muka bumi dan geologi, di mana ia turut berkaitan dengan sumber air atas bukit.

“Tekanan air atas bukit yang kuat ini turut membawa sekali batu, pokok serta tanah dan mengakibatkan pergerakan tanah punca berlakunya tanah runtuh,” katanya.

Menurut Ibrahim, kejadian ini adalah normal berlaku di kawasan berbukit tetapi tidak diberi perhatian serius kerana jarang membabitkan kawasan didiami penduduk.

“Di negara kita sendiri perkara ini selalu terjadi tetapi biasanya tidak diketahui kerana berlaku di tengah hutan seperti Banjaran Titiwangsa.

“Disebabkan ia jarang diberi perhatian, masalah ini tidak diambil berat oleh pihak berkaitan, termasuk orang ramai yang masih berani mendirikan rumah di lereng bukit,” katanya.


PEMANDANGAN bahagian dalam bangunan lokasi tragedi tanah runtuh di Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa, Kampung Sungai Gahal, Hulu Langat yang rosak teruk dengan dipenuhi tanah dan batu daripada sisa runtuhan. - Foto Zulfadhli Zulkifli