Sunday, 17 April 2011

Apakah Gempa Bumi Besar Akan Landa Nevada (AREA 51 )?
























Beberapa kejadian gempa bumi kecil dan sederhana dikesan berlaku di sekitar Nevada,Amerika Syarikat menimbulkan persoalan apakah wilayah tersebut akan dilanda gempa bumi pada skala besar dalam masa terdekat.

Malahan kejadian gempa bumi kuat yang melanda di kepulauan Honshu pada 11 Mac 2011 dengan kekuatan magnitud 9.0 pada skala richter dan menyebabkan ombak gadang setinggi lebih 15 meter turut mengalami kejadian sedemikian dengan berlakunya banyak gegaran kecil dan sederhana berlaku dalam tempoh beberapa hari sebelum kejadian.


Untuk rekod , Nevada merupakan kawasan yang terkenal dengan AREA 51 yang dikatakan terdapatnya fasiliti ketenteraan rahsia milik tentera Amerika Syarikat dan juga dikaitkan sesetengah pihak dengan aktiviti UFO dan senjata rahsia.

Berikut adalah data terkini yang diperolehi daripada Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS) setakat jam 11.30 pagi ( 17 April 2011).