Saturday, 28 February 2009

TENTERA AMERIKA SYARIKAT KELUAR DARI BUMI IRAQ PADA 31hb OGOS 2010: KE MANA PULA SELEPAS INI ?..


ANALISIS EKSLUSIF GLOBAL

Oleh : Mohd Ezli Mashut

LL.B (Hons) UIAM

Laman Blog :www.ezli007.blogspot.com / email : ezli007@hotmail.com

 

"Let me say this as plainly as I can: By August 31, 2010, our combat mission in Iraq will end," Obama said on Friday in a speech at Camp Lejeune, a Marine Corps base in North Carolina on Friday

 

Al-Jazeera:28/02/2009

President Barack Obama has announced the withdrawal of most US troops in Iraq by the end of August 2010.

BBC NEWS:28/03/2009

 

وهنا سؤال متى سيخرج الأمريكان والبريطانيين من العراق ، الجواب سنة 2010م

نعم خروج المحتل من العراق سيكون حسب علمي سنة 2010م  أي بعد سب سنوات من الغزو لان الآية التي تلي الآية رقم (6) هي (إِنْ أَحْسَنْتُمْ أَحْسَنْتُمْ لِأَنْفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا) تتكلم عن الإحسان أو الإساءة وهي تتكون من سبعة كلمات ثم بعدها بداية وعد الآخرة 2003 + 7 = 2010

كتاب ظهور الأمام المهدي عليه السلام عام 2015 ميلادية نبوءة قرآنية

------------------------------------------------------------------------------------------

 

            Sah kini bahawa bahawa tahun 2010 adalah tarikh tentera Amerika Syarikat keluar daripada bumi Iraq. Berita itu telah diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussin Obama semasa berucap di Kem Tentera Amerika Syarikat Le Jeuene North Carolina.

"Let me say this as plainly as I can: By August 31, 2010, our combat mission in Iraq will end,"

        Obama mengumumkan pengunduran Tentera Amerika Syarikat selepas Amerika menceroboh bumi Iraq pada Mac 2003. 7 tahun daripada tahun 2003. Obama juga menyatakan seramai 35,000 sehingga 50,000 tentera Amerika Syarikat akan mengekalkan kedudukannya di Iraq untuk tempoh proses peralihan kepada tentera Iraq sepenuhnya.

        Tentera peralihan ini dikatakan untuk melatih tentera Iraq dalam memerangi keganasan dan juga dalam proses mengamankan keadaan dalam negara tersebut. Obama juga menyatakan akan mengeluarkan keseluruhan bala tenteranya daripada bumi Iraq pada akhir 2011.

        Pengunduran tentera Amerika Syarikat juga dilihat akhirnya Amerika menyerah kalah dalam perang di Iraq. Selepas selama 7 tahun ini,tentera Amerika Syarikat berhadapan dengan serangan gerila daripada pelbagai pihak yang sehingga kini angka rasmi yang dikeluarkan oleh Pentagon mencecah 5,000 orang. Namun jumlah itu mungkin berlipat kali ganda lagi kerana Pentagon merahsiakan jumlah sebenar kematian dan kecederaan tenteranya.

        Kini jumlah tentera Amerika Syarikat yang masih berada di Iraq ialah seramai 142,000. Semenjak pencerobohan Amerika Syarikat, korban di pihak rakyat Iraq tiada satu angka rasmi yang tepat. Namun jumlah ini mencecah ratusan ribu yang terdiri daripada orang awam, kanak-kanak, wanita dan orang tua. Kesan ketidakstabilan ekonomi dan politik Iraq juga masih terumbang-ambing kesan Perang Teluk II ini.

        Saban hari juga kes pengeboman yang berlaku seolah-olah dunia sudah lali dengan berita kematian tersebut. Amerika Syarikat boleh mendabik dada berjaya dalam misi ketenteraannya. Namun berjaya daripada segi apa ?. Menjadikan bumi Iraq padang jarak padang tekukur,membunuh ratusan ribu kanak-kanak tidak berdosa, memisahkan antara anak-anak dan suami isteri, memusnahkan kehidupan seharian rakyat Iraq. Itukah kejayaan yang cuba didakwa oleh Amerika Syarikat.

        Malahan misi mencari bom pemusnah besar-besaran dunia (weapons of mass destruction) juga dilihat gagal. Jelas terbukti Amerika Syarikat adalah kuasa dunia yang gagal di mana sedang menuju titik noktahnya sebagai penguasa unggul di bumi ini.

        Satu perkara yang menarik mengenai tarikh pengunduran Amerika Syarikat 2010 ini ialah sebuah laman web daripada timur tengah yang bertajuk : Kemunculan Imam Mahdi A.S Pada Tahun 2015 ialah telah menjangkakan 2010 tarikh tentera Amerika Syarikat keluar daripada Iraq. Maklumat ini saya perolehi pada November 2007. Ia cuba membawa satu pemerhatian terhadap peristiwa ini dengan mengaitkannya dengan ayat ke di dalam Surah Al-Isyrak seperti petikan bahasa Arab yang saya ambil di atas. Seluruh perbincangan dalam buku ini satu pemerhatian terhadap bahawa Negara Haram Israel bakal musnah pada tahun 2022 Masihi.

        Selepas ini dilihat Afghanistan akan dijadikan medan pertempuran terbaru dalam usaha mengekang kebangkitan para pejuang di sana. Iran juga dalam sasaran radar untuk Amerika Syarikat dan Israel menyerang loji Nuklear Iran. Kenyataan terbaru pentadbiran Presiden Amerika Barack Obama berhasrat untuk menamatkan cita-cita nuklear Iran dan sokongan Iran terhadap organisasi yang dilabelkan pentadbiran Amerika sebagai pertubuhan terrorist.

        Gambaran di atas senario bahawa pengunduran tentera Amerika Syarikat adalah untuk pengunduran strategik. Amerika tidak akan meninggalkan kepentingannya di timur tengah dengan mudah. Kerajaan boneka Amerika Syarikat di lihat bakal diletakkan antara usaha sumber bekalan minyak negara kuasa besar dunia itu tidak terjejas.

        Pengunduran tentera Amerika ini juga adalah akibat kemelut ekonomi yang paling teruk dalam sejarah moden sejak Great Depression 1929 lepas. Amerika kini tewas dalam peperangannya di Iraq dan Afghanistan. Inilah akibat yang perlu ditanggung oleh Amerika yang menceroboh kedaulatan dua buah negara Islam yang jelas bertentangan dengan Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

        Syabas dah tahniah diucapkan kepada para pejuang di bumi Iraq. Akhirnya kerakusan dan keganasan tentera Amerika terhadap bumi Iraq diharap berakhir dengan keluarnya tentera Amerika Syarikat pada tahun 2010 dan sepenuhnya menjelang akhir tahun 2011.

      

MOHD EZLI MASHUT

BEST OF THE BEST