Monday, 19 January 2009

'YA ALLAH...SELAMATKANLAH Al-AQSA' : BANGKITLAH WAHAI UMMAH !


‘YA ALLAH…SELAMATKANLAH AL-AQSA’ : BANGKITLAH WAHAI UMMAH !..


Oleh : Mohd Ezli Mashut (LL.B (Hons) UIAM)

18hb Januari 2009 / 21hb Muharam 1430
Laman blog : http://www.ezli007@hotmail.com/ / Email : ezli007@hotmail.com /
No Tel: 017-6543974

Hakmilik Mutlak Ummah Sejagat


SILA E-MAILKAN DAN SEBARKAN ARTIKEL INI KEPADA SEMUA UMAT SEJAGAT. INI HANYA PERMULAAN JIHAD KITA DALAM IKHTIAR KITA MEMBEBASKAN BUMI AL-AQSA. SEMOGA DENGAN USAHA YANG KECIL KITA INI MAMPU MENCETUSKAN KEBANGKITAN UMMAH SEJAGAT UNTUK MEMBELA MARUAH DAN HARGA DIRI UMMAH YANG KIAN TERCALAR DAN DIROBEK… - Futuristic-MXDQ
SAMPAIKANLAH ILMU INI MUNGKIN ADA FAEDAH UNTUK KITA DAN SAUDARA-SAUDARA KITA…
ALLAH MAHA BESAR !!!


Pendahuluan :


‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Amat Mengasihani. Salam dan Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. , para sahabat serta para Tabiin, para alim ulama dan para syuhadak. Semoga kita mendapat Safaat Junjungan Kita Nabi Muhammad S.A.W di Akhirat kelak. Semoga kita juga sentiasa mendapat lindungan Allah dan diberi kekuatan untuk kita terus berjuang membela dan menegakkan kalimah Allah di seluruh pelosok alam maya ini. Semoga kita juga dipilih oleh Allah untuk menjadi salah seorang pejuang-pejuang yang akan membebaskan bumi Al-Aqsa daripada tangan-tangan Zionist Israel dan sekutunya. AMIN…’


Perkembangan Terkini Di Bumi Palestin.


Di Gaza,Palestin kini umpama sebuah kem penjara terbesar di dunia. Dengan populasi penduduknya melebihi 1.2 juta orang yang tinggal di kem-kem pelarian yang serba kekurangan menyebabkan kehidupan di sana amat memeritkan dan menyiksakan. Bencana kemanusiaan yang sengaja dicipta oleh pihak Zionist Israel kini adalah untuk perancangan licik mereka untuk mengusir secara terancang rakyat Palestin secara paksa.


Maka benarlah telahan sebelum ini yang menjangkakan bahawa Zionist Israel mensasarkan tahun 2009 sebagai detik fasa seterusnya pengusiran rakyat Palestin daripada bumi Palestin. Tahun 2010 adalah sasaran mereka untuk mendirikan sebuah negara haram Israel tanpa sebarang ancaman daripada mana-mana pihak. Kenyataan di bawah adalah bukti bahawa serangan Zionist Israel pada kali ini bukan untuk menghalang serangan roket daripada pejuang HAMAS tetapi satu grand design untuk pengusiran rakyat Palestin daripada tanah air mereka keseluruhannya sebelum tanah-tanah tersebut akan diduduki oleh bangsa Yahudi Zionist daripada seluruh pelosok dunia.


The longer term objective of this plan, as formulated by Israeli policy makers, is the expulsion of Palestinians from Palestinian lands: “Terrorize the civilian population, assuring maximal destruction of property and cultural resources… The daily life of the Palestinians must be rendered unbearable: They should be locked up in cities and towns, prevented from exercising normal economic life, cut off from workplaces, schools and hospitals, This will encourage emigration and weaken the resistance to future expulsions”


Ur Shlonsky, quoted by Ghali Hassan, Gaza: The World’s Largest Prison, Global Research, 2005)


Sehingga kini jumlah statistik korban di pihak Palestin terus melepasi angka 1200 orang, manakala jumlah kecederaan sudah mencecah lebih 6000 orang. Untuk rekod lebih 300 yang terbunuh adalah daripada kalangan kanak-kanak. Kita pasti angka ini akan terus meningkat selagi operasi pengusiran rakyat Palestin tidak dihentikan. Manakala tindakan badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), OIC, NAM, Kesatuan Eropah, NATO , G8 dan kuasa-kuasa besar masih lagi gagal untuk menghentikan pencerobohan terbaru tentera Zionist Israel.


Resolusi PBB terbaru yang diluluskan hanya dianggap lawak jenaka dan langsung tidak diambil peduli oleh Israel malahan ianya menyebabkan Zionist Israel menggerakkan serangan daratnya ke dalam Bandar Gaza dengan lebih intensif. Bantahan besar-besaran di seluruh dunia langsung tidak menjejaskan sedikitpun usaha menenangkan suasana di Gaza Palestin. Usaha boikot juga dilihat semakin tidak memberikan impak yang besar untuk menyanggah kebiadapan dan kezaliman Zionist Israel.

Apa Yang Patut Dilakukan Oleh Umat Islam Sedunia. Suatu Pandangan…


Umat Islam Perlu Kembali Menghayati dan Melaksanakan Ajaran Al-Quran dan Sunnah.


Ini adalah pra-syarat utama yang perlu dilakukan oleh semua umat Islam di seluruh pelosok dunia. Manakan mungkin kita mampu untuk memenangi perjuangan membebaskan bumi Palestin ini jika kita masih jauh dan tidak serius melaksanakan segala tuntutan Allah. Kita wajar merenung diri berapa ramai lagi umat Islam yang masih cuai dengan sengaja meninggalkan solat fardu lima waktu. Berapa ramai lagi yang masih belum fasih untuk membaca Surah Al-Fatihah dengan betul yang menjadi Rukun dalam solat. Dan berapa ramai lagi yang hanya nama sahaja mirip seorang muslim tetapi kehidupan dan budaya mencedok daripada budaya yang bertentangan dengan tuntutan Islam.


Kita perlu menilai semula dan membina karektor keperibadian yang unggul sebelum kita berjaya dapat menawan kembali AL-AQSA. Sejarah silam bagaimana Sultan Salahuddin Al-Ayyubi memimpin bala tentera Islam untuk menawan kembali kota Baitul Maqdis pada 2hb Oktober 1187 perlu kita hayati. Kita dapat melihat bagaimana ketinggian akhlak dan akal budinya dan tentera-tentera Islam pada ketika itu. Malahan beliau meletakkan syarat untuk tentera-tentera Islam bangun solat Qiamullail pada setiap waktu malam sebagai keutamaan dalam membentuk keperibadian yang hebat dan unggul.


Situasi umat kini amat berbeza, dengan serangan bertali arus propaganda media barat yang mengeksport budaya hedonisma atau berhibur tanpa batasan. Menyebabkan intelek dan kekuatan karektor peribadi muslim kian terhakis. Malahan daripada aspek kepimpinan amat jarang pimpinan tertinggi dan bawahan negara-negara Islam kini mempunyai ketinggian akhlak dan keberanian seperti pimpinan Islam di zaman kegemilangan Islam.


Malahan kita lihat bagaimana kepimpinan tertinggi negara-negara Islam langsung tiada semangat keberanian yang utuh untuk berhadapan dengan kuasa-kuasa besar dunia. Negara-negara di bahagian Timur Tengah bagaikan sudah dirantai oleh kuasa besar dunia sehinggakan tiada daya untuk mempertahankan dan membela maruah Islam yang hebat di serang. Malahan tindakannya mencerminkan seolah menjadi boneka kepada kuasa-kuasa imperialisma. Malahan pandangan dan suara-suara pimpinan negara-negara Islam kini langsung tiada nilai pada pandangan dunia antarabangsa.


Model terbaik pimpinan untuk diikuti ialah Junjungan Besar Rasullullah S.A.W. Kita menyaksikan lembaran sejarah membuktikan bahawa Rasullullah membina keperibadian unggul para sahabat. Kesannya kuasa besar Parsi dan Rom pada ketika itu akhirnya tunduk kepada kehebatan keperibadian pemimpin-pemimpin Islam. Mereka mencari keredhaan Allah bukan mencari dunia semata-mata. Oleh sebab itu apabila Rom berjaya di dalam genggaman kuasa Islam pemimpin-pemimpin Islam tidak tersilau dengan kemegahan dan kekayaan yang tertinggal dan wanita-wanita Rom yang cantik menawan.Begitulah hebatnya kepempinan besar Islam yang dilahirkan oleh Rasullullah S.A.W.


Mari kita hayati model kepimpinan Saidina Umar Al-Khatab semasa menjadi khalifah Islam kedua. Kisah bagaimana Saidina Umar yang turun ke padang melihat rakyatnya pada waktu malam ketika rakyatnya tidur. Kisah bagaimana Khalifah Umar yang menyantuni nasib seorang wanita tua yang sedang memasak sesuatu untuk anak-anak wanita tua itu yang sedang kelaparan.


Kerana prihatinnya maka Khalifah Umar R.A sendiri pergi ke Baitulmal dan membawa sendiri keperluan wanita itu sendiri tanpa mengharapkan bantuan pekerjanya. Dan di akhir kisah itu wanita itu berkata “ Mudah-mudahan Allah S.W.T akan membalas budi baik Tuan, Sungguh Tuan yang sepatutnya menjadi Amirul Mukminin,bukannya Umar Al-Khatab. Saidina Umar mendengar percakapaan itu dengan perasaan gembira.


Apakah masih ada lagi pemimpin yang berjiwa sebenar rakyat seperti Umar yang kepimpinannya bukan untuk mencari populariti diri sendiri dan mengumpul kekayaan ?. Mereka mencari kekayaan taqwa dan keredhaan Allah. Inilah yang menyebabkan Allah turunkan barakah kepimpinan sehinggakan pada waktu itu serigala dan kambing dapat menjadi haiwan yang berkawan rapat,


Subhanallah. Renungilah agar kita mampu untuk menghayati model kepimpinan agung ini.


Apa yang kita boleh lakukan kini ?.


Saat kini umat Islam seluruh dunia pertama-tamanya wajib menyakini dengan sepenuh keimanan dan melaksanakan tuntutan Rukun Iman dan Rukun Islam. Ini adalah perkara yang paling asas yang akan mendekatkan diri kita kepada perlindungan dan bantuan daripada Allah. Musuh-musuh Islam amat takut berhadapan dengan tentera-tentera Islam bukan dilihat kepada kehebatan persenjataannya semata-mata tetapi gentar dengan kehebatan keimanan yang dizahirkan oleh umat Islam.


Kecintaan yang ditunjukkan kepada Allah dan Rasulullah S.A.W dizahirkan dengan semangat jihad untuk membela maruah agama Islam yang dicemarkan. Semangat persaudaraan seagama juga amat utuh dan sukar digugat. Cinta kepada Allah dan Rasullullah S.A.W mengatasi cinta kepada dunia. Justeru tidak hairan mengapa kita dahulu cukup digeruni kehebatannya. Dalam satu-satu peperangan ketika mana tentera-tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh. Aura kehebatannya dapat dirasai oleh tentera musuh sebelum berhadapan secara bersemuka lagi.


Oleh itu fasa permulaan untuk membina kekuatan ini ialah membina dan memperkukuh keimanan dan tauhid. Bagaimana untuk membina keimanan dan kemantapan tauhid ?. Untuk itu kita perlu mempunyai ILMU. Ini yang menjadi keutamaan dahulu. Ayat pertama Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dan umat akhir zaman ini ialah IQRA. Sudahkah kita menghayati budaya IQRA ini dalam kehidupan kita.


Manakan mungkin kita membina iman yang mantap jika kita tidak mempunyai ilmunya. Manakan mungkin kita mempunyai ilmunya jika kita tidak belajar dan terus belajar. Malahan kita juga amat malas untuk mencari ilmu daripada semua sudut. Dalam soal MEMBACA, kita dapati budaya ini masih belum kukuh dan masih longgar. Kita masih lagi belum beranjak untuk membaca ilmu-ilmu yang lebih intelek dan berat. Kita masih terjajah dengan bahan-bahan yang bersifat picisan, hiburan dan santai semata-mata. Manakan mungkin kita berhadapan dengan serangan minda dan saraf yang hebat jika kita tidak mempunyai sistem pertahanan ilmu yang mantap dan kukuh.


5 Perkara yang perlu kita berusaha untuk lakukan….


1. Menghayati dan melaksanakan tuntutan Rukun Iman dan Rukun Islam.
2. Solat Fardu Lima Waktu sehari semalam dengan penuh khusyuk.
3. Sentiasa berusaha dan istiqamah untuk Solat Fardu secara berjemaah di Masjid-masjid dan surau.
4. Membaca ayat-ayat Al-Quran setiap hari dan berusaha memahami maksud serta melaksanakannya. Amalkan budaya membaca buku dan menambah ilmu-ilmu baru setiap hari.
5. Bangun Qiamullail serta solat Sunat Taubat dan Sunat Hajat setiap hari.
Situasi umat Islam kini amat genting sekali. Pada saat kini umat Islam diuji dengan begitu hebat sekali. Kita diserang daripada pelbagai penjuru dan setiap waktu. Umat Islam di seluruh dunia kini diuji di mana mereka berada. Di Malaysia negara kita juga kita menerima ujian yang penuh ranjau dan panjang. Dalam suasana yang aman dan damai kita juga sebenarnya diuji dan diserang dengan hebatnya. Mungkin kita tidak diserang dengan ledakan bom dan tembakan peluru berpandu. Kita diserang melalui budaya,media, hiburan dan politik.


TAHUKAH ANDA mengenai satu pelan serangan propaganda Yahudi terhadap dunia Islam menggunakan Senjata Dahulu dan Terkini jenis F5 dan S5, serangan senjata ini amat ampuh dan telah banyak mengorbankan dan mencederakan umat Islam di seluruh dunia dan di Malaysia. Malahan kita kadang-kadang kita sendiri menerima serangan ini secara tidak sedar. Keluarga kita dan anak-anak kita juga tidak terlepas menerima serangan hebat senjata ini walaupun mereka berada di rumah sehinggakan ke dalam bilik-bilik tidur, ruang dapur dan tempat kita bersantai-santai.


Jika di Palestin, umat Islam di sana berhadapan dengan serangan fizikal senjata seperti bom berangkai, kereta kebal jenis Merkava, jet pejuang F-16 , helikopter jenis A-64 Apache dan kapal terbang tanpa pemandu atau Drone. Tetapi umat Islam di kawasan lain termasuk Malaysia berhadapan dengan serangan dahsyat F5 dan S5 ini.


Apa dia senjata F5 dan S5 ini ?
Yang dimaksudkan dengam F5 dan S5 ini ialah :
F 5: ialah singkatan : FOOD , FUN , FEMALE , FASHION,FESTIVAL
S 5:ialah singkatan : SONG , SEX , SPORT, SMOKE,SCREEN


Apabila diperhatikan item-item di atas kita akan sedar bagaimana kita sudah jauh daripada landasan yang telah digariskan daripada Al-Quran dan Al-Sunnah. Kehidupan atau lifestyle kita kadang-kadang mengalahkan barat daripada beberapa segi. Cara kita makan,berhibur,fesyen dan kehidupan seperti acuan daripada pemikiran bahawa budaya yang datang daripada barat adalah sesuatu yang hebat. Kita tidak menolak segala yang datang daripada barat itu buruk tetapi kita perlu bijak menentukan apa yang terbaik dan selaras dengan ajaran Islam itu wajar kita praktikkan.


Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak-anak yang kecil. Kita perlu memberi pendidikan yang berguna seawal mungkin. Suasana rumah perlu dibentuk dengan suasana Islam. Jangan kita biarkan skrin televisyen dan komputer membentuk peribadi anak-anak kita.
5 Perkara yang boleh dilakukan untuk membentuk keluarga muslim.


Perdengarkan alunan-alunan bacaan Al-quran dalam rumah. Gunakan kaset, VCD dan MP3 yang sentiasa mengalunkan bacaan Al-Quran. Jangan biarkan anak-anak kita sudah tertawan dengan muzik-muzik yang tidak berfaedah dalam membentuk keperibadian ummah. Dengan melakukan perkara ini, hati anak-anak kita mudah dibentuk dalam suasana beragama.


Dalam soal pemakanan, pilih makanan yang halal. Malahan jauhkan daripada memberi makan dari sumber rezeki yang haram dan ragu-ragu seperti sumber rasuah dan riba. Sumber rezeki yang haram untuk memberi makan anak-anak dan keluarga hanya akan menyebabkan hati dan keperibadian anak-anak kita semakin sukar dibentuk.


i. Makanan dan minuman yang terdedah dengan alunan bacaan Al-Quran akan membentuk molekul-molekul yang cantik yang mana makanan dan minuman tersebut akan memberi keberkatan kepada kita. Jadi kepada para ibu, semasa memasak bacalah ayat-ayat Al-Quran seperti Surah Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas ataupun membaca Selawat.
ii. Bukti : Ada sebuah syarikat penternakan lembu tenusu yang mengalunkan bacaan Al-Quran di kandang. Ia ada dilaporkan di Buletin Utama TV3 . Hasilnya ialah dalam tempoh dua bulan,lembu-lembu di situ lebih jinak,sihat dan menghasilkan susu yang lebih banyak dan berkualiti. Itu lembu, bagaimana dengan manusia apakah hati kita lebih keras daripada haiwan tersebut ?...


Sentiasa berdoa kepada Allah semoga anak-anak kita menjadi anak yang soleh serta menjadi pejuang-pejuang yang akan membela dan menegakkan kalimah Allah di bumi ini. Jauhi perkataan yang buruk-buruk semasa memarahi kesalahan mereka tetapi gunakan perkataan yang cantik-cantik dan positif. Kerana perkataan kita adalah umpama doa untuk anak-anak kita.
Sebelum tidur kalau boleh cuba ceritakan atau bacakan mengenai kisah-kisah para Nabi dan Rasul, sahabat-sahabat nabi, pejuang-pejuang Islam dan tokoh-tokoh hebat. Ini secara tidak langsung menanamkan satu pengaruh yang kuat kepada pemikiran bawah sedar mereka. Ceritakanlah kepada anak-anak kita mengenai nasib kanak-kanak di Palestin yang dizalimi oleh Tentera Zionist Israel.


Solat Tahajjud, Taubat dan Hajat setiap hari sebelum tidur. Semoga dosa-dosa kita diampunkan Allah dan kita diberikan ketenangan dalam hidup berkeluarga yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini.


5 perkara di atas diharap akan menjadi benteng yang paling kuat dalam berhadapan senjata 5S dan 5F ini yang terus menyerang kita dan keluarga kita setiap saat dan waktu tanpa henti. Sebab itu dalam usaha kita untuk menawan kembali Al-Aqsa persoalan asas perlu diperbaiki. Kita perlu menyediakan satu generasi baru muslim akan datang yang hebat dan kuat.


Usah mimpi untuk umat Islam masa kini menawan kembali bumi Al-Aqsa jika kita tidak menyediakan generasi Rabbani yang mempunyai keupayaan daripada semua segi. Saat ini kita kekurangan generasi yang berkualiti walaupun jumlah umat Islam mencecah 1.6 Billion di planet Bumi ini namun ia umpama buih di lautan dan jumlah ini langsung tidak menggerunkan sedikitpun musuh-musuh Islam.


Membina Sistem Pertahanan Diri Daripada Serangan 5S dan 5F.
Untuk berhadapan dengan serangan 5F dan 5S ini, kita perlu menyediakan sistem yang sama untuk menangkis serangan ini.


FOOD / Makanan :


Kita perlu bangunkan industri makanan halal. Umat Islam perlu mengambil inisiatif untuk membina sendiri industri makanan halal. Ia amat penting kerana selama ini kita masih terlalu bergantung dalam soal makanan halal ini kepada masyarakat bukan Islam. Malahan kebergantungan ini menyebabkan kadang-kadang untuk produk-produk makanan tertentu kita mengambilnya tanpa mengetahui status HALAL dan HARAM.


Anak-anak kita juga bagaikan sudah ditanam dalam minda separuh sedar untuk meminati makanan western fastfood dan junkfood. Makanan yang masuk ini akan membentuk DNA dan akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Jika banyak makanan yang masuk ke dalam perut kita daripada sumber yang diragui halal dan haramnya. Bagaimana kita akan mempunyai kekuatan untuk beribadat kepada Allah.


Apabila laungan azan di Masjid, kita terlalu berat untuk bergegas melaksanakan tuntutan laungan azan tersebut. Bagaimana pula dengan laungan JIHAD jika sudah diistiharkan sudah tentu ia suatu perkara yang terlalu berat untuk kita. Berbeza dengan kehidupan para pejuang Islam dahulu. Jika laungan Jihad diistiharkan, maka bergegaslah semua umat Islam untuk bersiap-sedia keluar berjihad. Lihat sahajalah kisah Hanzalah yang mati syahid yang mana malam pertama perkhahwinannya apabila laungan jihad dikumandangkan terus bergegas yang mana mana akhirnya menemui syahid dalam peperangan membela Islam. Pengorbanannya cukup hebat sehinggakan menerima penghormatan apabila para malaikat memandikannya.
Bagaimana dengan kita…?


Kita dapat perhatikan dalam masyarakat Umat Islam kita. Sebagai contohnya apabila seruan untuk melaksanakan solat hajat dua rakaat selepas Solat Jumaat untuk mendoakan kesejahteraan saudara kita di Palestin. Berapa ramai yang sudah beredar meninggalkan saf sebelum kita bersama-sama melakukan solat hajat. Itu baru seruan untuk solat hajat dua rakaat yang hanya memakan masa lebih kurang lima minit sahaja. Bagaimana pula jika Imam pada ketika itu mengistiharkan untuk semua diarahkan pergi berjihad. Alamat tinggallah Tuan Imam sahaja yang tinggal itupun belum tentu.


Sebab itu mengapa musuh-musuh Islam langsung tidak gentar dan takut untuk melakukan kezaliman, penindasan dan penganiayaan kepada umat Islam. Ia kerana iman kita terlalu lemah yang mungkin disebabkan makanan dan minuman yang kita jamah setiap hari. Oleh itu dalam soal pemakanan kita kena teliti dan prihatin.


5 Tips Untuk Memilih Makanan Yang Halal Dan Bersih.
Pastikan kita memilih produk makanan yang mematuhi standart Halal. Kita perlu memilih mengutamakan makanan yang dikeluarkan oleh usahawan muslim. Pastikan juga produk tersebut mempunyai logo HALAL yang sah daripada HDC, Jabatan Agama Islam atau badan-badan Islam antarabangsa yang diiktiraf.


Basuh sayur-sayuran dan buah-buahan dengan air mengalir, telur ayam yang dibeli dibasuh dahulu sebelum meletakkannya ke dalam peti sejuk. Mee kuning yang kita beli celurkan dahulu dengan air panas untuk membuang bahan kimia yang digunakan.


Apabila makan di luar. Pilih gerai, restoren atau hotel yang mematuhi standart halal dan bersih. Jangan kita ambil mudah dengan memilih tempat makanan yang kotor dan menjijikkan. Untuk lebih yakin dan selamat pilih untuk memasak sendiri di rumah.


Untuk lebih berkat sebelum kita masak ambillah wuduk dan mulakan dengan Bismillah dan selawat. Jika menggaul gulai atau apa-apa gunakan putaran arah lawan jam. Ini mungkin akan membuatkan makanan dan minuman lebih sedap. Renungkanlah mengapa kita tawaf di Baitullah dalam putaran arah lawan jam, malahan planet-planet juga berputar pada arah lawan jam. Mungkin ada rahsia yang tersembunyi.


Sebelum makan dan selepas makan bacalah doa. Semoga makanan dan minuman yang kita jamah akan memberikan kita keberkatan dan kesihatan.


Ada satu kata-kata mengenai makanan, cuba kita analisis dan perhatikan:


Who controls the food supply controls the people; who controls the energy can control whole continents; who controls money can control the world. ( Henry A. Kissinger)


Jadi kita umat Islam tiada pilihan. Bangunkan secara besar-besaran industri makanan halal kita sendiri. Malahan rantaian import dan eksport juga kita perlu kuasai. Jika musuh-musuh Islam menekan untuk menghentikan sumber makanan kita sudah mempunyai kapasiti dan kekuatan sendiri.


Dunia Islam secara keseluruhannya dikurniakan oleh Allah dengan tanah yang subur. Potensi ini yang sewajarnya digarap dalam membina kekuatan sumber makanan yang mencukupi untuk keperluan umat Islam. Kita juga boleh membantu saudara-saudara kita di negara-negara Islam lain yang sedang mengalami masalah kebuluran malahan kita dapat membantu umat manusia sejagat. Kerana Islam adalah rahmat ke seluruh alam.


Jadi Dalam Soal Makanan Apa Tindakan Kita ….
1. Dalam kapasiti perseorangan, kita perlu komitmen dan prihatin untuk memastikan status makanan tersebut daripada kesucian dan halal.
2. Sumber rezeki perlu bersih daripada unsur-unsur diragui.
3. Budayakan makan mengikut Sunnah Nabi.
4. Umat Islam perlu menjadi pengeluar dan pengedar makanan halal dunia. Bina industri ini yang mempunyai potensi global sebanyak RM3 Trillion setahun.
5. Berjaga-jaga dalam soal pemakanan lebih-lebih lagi yang mengandungi bahan kimia dan pengawet yang boleh memudaratkan kesihatan.

FUN / HIBURAN.


Dalam aspek hiburan ini adalah satu lagi cara propaganda Yahudi akan menggunakannya. Melalui hiburan mereka akan memusnahkan cara kehidupan umat Islam dengan melekakan daripada matlamat hidup sebenar dengan hiburan melalui artis-artis , filem-filem, konsert-konsert dan tarian-tarian yang melalaikan. Islam tidak memandang hiburan sebagai yang buruk tetapi bagaimana Islam memandu hiburan agar selaras dengan matlamat ke arah pengabdian kepada Allah semata-mata.


5 Tips untuk berhibur yang selaras dengan Islam.
1. Tiada pencampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Jauhi unsur-unsur melalaikan dalam berhibur yang menyebabkan kita lalai daripada menunaikan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.
2. Pilih alternatif terbaik untuk berhibur contohnya nasyid-nasyid yang memuji kebesaran Allah dan selamat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
3. Bijak memilih filem-filem dan saluran TV yang sesuai.
4. Jangan mengagung-agungkan golongan artis secara berlebih-lebihan.
5. Berhibur sekadarnya jangan sehingga lupa dan melambatkan solat.
Tip-tips di atas boleh digunakan dalam menangkis serangan 5S dan 5 F yang lain kerana jika kita menjadikan AL-Quran dan Sunnah sebagai sumber dalam kehidupan, kita boleh memandu hidup kita ke arah jalan yang mendapat keredhaan Allah.

TAHUN 2022 MASIHI / 1444 HIJRAH SEBAGAI MATLAMAT UMAT ISLAM UNTUK MEMBUKA KEMBALI AL-AQSA UNTUK BERADA DI BAWAH KEKUASAAN ISLAM.


Kita perlu ada sasaran dan matlamat bila tarikh untuk kita mengembalikan Al-Aqsa berada di bawah kekuasaan umat Islam. Dengan adanya sasaran maka seluruh usaha dan tekad akan digabungkan ke arah satu matlamat yang jelas. Maka segala perancangan boleh digerakkan di seluruh dunia untuk memastikan sasaran tahun 2022/1444 umat Islam dalam bersolat di Masjid Al-Aqsa buat pertama kalinya dengan suasana aman dibawah kekuasaan umat Islam sendiri.


Mengapa Tahun 2022M/1444H ?


Dari saat tahun 2009 sehingga 2022 kita mempunyai masa selama 13 tahun lagi. Jika dilihat kekuatan umat Islam untuk menawan kembali Al-Aqsa pada waktu ini, umat Islam masih lagi kekurangan daripada segi persenjataan dan lemah daripada segi keimanan. Malahan persaudaraan sesama Islam di seluruh dunia masih lagi rapu dan longgar. Kita masih lagi disempitkan untuk bercakaran sesama umat Islam sendiri dalam semua aspek.


Hari ini juga kita lihat ketika saat Gaza di serang hebat daripada darat, udara dan laut. Tiada keberanian pemimpin-pemimpin Arab untuk menghantar tentera-tentera negara-negara Arab yang berjiran untuk menghulur bantuan ketenteraan dan persenjataan. Jika dicampurkan daripada segi persenjataan dan tentera negara-negara Arab kini dan bergabung membentuk sebuah ‘Pasukan Khas Pembebasan Palestin’. Mungkin nasib dan derita rakyat Palestin tidak seteruk hari ini.


Namun jika Pakatan Ketenteraan Negara-Negara Islam dapat dibentuk pada saat ini, daripada fizikal kita masih belum mampu untuk berhadapan dengan negara Israel yang akan dibantu oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Peranchis dan negara-negara Eropah yang pasti akan membantu Israel. Jadi di sini Pakatan Ketenteraan Negara-Negara Islam mungkin akan menemui jalan yang sukar. Perlu diingat pangkalan tentera Amerika Syarikat dan negara-negara sekutunya sudah berada di negara Teluk sejak berlakunya Perang Teluk 1.


Justeru dalam tempoh 13 Tahun ini negara-negara Islam perlu mempunyai perancangan ke arah pembebasan Al-Aqsa dengan memperbaiki serta memperkuatkan kekuatan negara-negara Islam.


Antara tindakan yang dilihat perlu dilaksanakan ialah :


1. Kuasa politik negara-negara Islam perlu kukuh, mantap dan stabil.


Pilih pemimpin - pemimpin negara yang mempunyai kredibliti, berjiwa besar , berkarisma dan berakhlak mulia. Pemimpin negara yang mampu menggerakkan rakyat dan menjalankan pemerintahan berteraskan prinsip keadilan, memerintah negara selaras dengan tuntutan Al-Quran dan Sunnah.


2. Membentuk kembali sistem Khilafah Islamiah.


Negara-negara OIC boleh dijadikan landasan awal untuk membentuk sebuah Kesatuan Negara Islam yang akan selaras dalam aspek penggunaan matawang dinar, melaksanakan sistem perundangan Islam , sistem muamalat dan sistem politik. Kini umat Islam tidak mempunyai seorang pemimpin yang bersifat global yang boleh menjadi pemimpin kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Selepasnya runtuhnya Khalifah Turki Uthmaniah pada 1924, negara-negara Islam mula berpecah dan akhirnya semakin lemah kerana terpaksa bertindak sendirian dalam menghadapi serangan imperialisme kuasa-kuasa barat.


3. Membina kapasiti modal insan yang mempunyai kualiti dan kepakaran tersendiri.


Negara-negera Islam perlu diberi fokus untuk membangunkan apa kepakarannya dan digabungkan serta diselaraskan dengan baik dan efektif. Pembinaan karektor peribadi muslim perlu diperkukuhkan daripada peringkat kanak-kanak, remaja, belia dan warga emas. Pembinaan universiti-universiti di dunia Islam perlu diperbanyakkan kerana jumlah universiti di dunia Islam jika digabungkan keseluruhannya masih belum mengatasi jumlah universiti-universiti di negara Jepun.


4. Pembangunan secara giat dan bersungguh-sungguh bidang sains dan teknologi.
Usaha dan kerja keras penyelidikan dan pembangunan dalam sains dan teknologi perlu gabungkan. Umat Islam perlu berusaha menguasai teknologi seperti nanoteknologi, bioteknologi, angkasa lepas, bioinformatik, kesihatan, teknologi makanan, pertanian dan persenjataan.


5. Non State Actors atau pertubuhan-pertubuhan yang bersifat global dalam gerakan dunia Islam boleh memainkan peranan penting untuk menggerakkan usaha kesedaran dan dakwah. Sifatnya yang merentas sempadan merupakan satu kelebihan dalam memperkukuh persaudaraan umat Islam di seluruh dunia. Ia juga mampu bertindak merentas sempadan yang tidak terikat kepada keputusan sesebuah negara.


6. Mengembalikan penggunaan matawang dinar emas dan perak sebagai pertukaran matawang dalam urusan perdagangan antarabangsa. Negara-negara Islam perlu merangka strategi untuk tidak bergantung kepada matawang Dolar dan EURO.


7. Segala simpanan dan aset negara-negara Islam yang disimpan di bank-bank milik Yahudi, Amerika Syarikat, Eropah dan lain-lain perlu dikeluarkan segera. Segala simpanan boleh disimpan di bank-bank negara Islam yang mengamalkan sistem kewangan dan perbankan Islam. Secara tidak langsung ia dapat memperkukuh kekuatan perbankan Islam untuk menggerakkan ekonomi dunia Islam.


8. Kuasai media-media penting dunia seperti CNN, Reuters, CNBC,BBC dan lain-lain untuk memberi pendedahan kepada dunia akan kezaliman Zionist Israel. Negara-negara Islam yang kaya dengan kekayaan minyak disaran membeli kepentingan dalam syarikat media ini sebagai usaha pemilikan secara terancang. Peranan media-media negara Islam perlu disepadukan untuk menangkis dakyah dan propaganda pihak yang memusuhi Islam.

9. Kerjasama serantau dunia Islam dalam pembangunan sumber tenaga baru. Ianya dapat mengelakkan dunia Islam menjadi lemah jika berlakunya krisis minyak sedunia. Para saintis dan cerdik pandai Islam wajar bekerjasama membangunkan teknologi secara bersama.
10 Pembangunan Serantau Jet Pejuang Dan Taktikal Termaju.

Kini salah satu faktor kemenangan kempen ketenteraan adalah bergantung juga kepada kuasa udara. Oleh itu adalah amat perlu negara-negara pakatan ketenteraan negara Islam mempunyai gabungan dalam membuat jet pejuang sendiri yang lebih canggih dan sofistikated daripada negara-negara Barat. Ini adalah untuk tidak bergantung kepada teknologi daripada luar dan ia juga merupakan satu tindakan proaktif untuk mempunyai kelebihan ketika dalam situasi peperangan sebenar.


Kerjasama ini akan melengkapkan lagi pakatan ketenteraan negara-negara Islam supaya dapat menangkis sebarang ancaman ketenteraan daripada udara. Ia bersandarkan kepada realiti masa kini di mana kuasa-kuasa dunia menggunakan kekuaatan udara sebagai serangan pertama dalam melancarkan sebarang peperangan sebelum serangan darat dilancarkan.


11 Melaksanakan penggunaan ‘Mecca Time’ dalam sistem waktu dan masa di dunia. Negara-negara Islam wajar memanfaatkan kelebihan ‘Mecca Time’ ini dalam penentuan waktu di negara tersebut. Perkara inisudah dibahaskan semasa persidangan di Doha,Qatar oleh Dr Yusof Al-Qaradawi pada 21hb April 2008.


BERSAMBUNG.................