Wednesday, 11 June 2008

IDEA-IDEA UNTUK SURVIVAL SEMASA BERHADAPAN DENGAN SITUASI KENAIKAN HARGA MINYAK.


IDEA-IDEA UNTUK SURVIVAL SEMASA BERHADAPAN DENGAN SITUASI KENAIKAN HARGA MINYAK.
Di sediakan oleh :Mohd Ezli Bin Mashut ( LL.B (hons) )019-2376543 /’ ezli007.blogspot.com / ezli007@hotmail.com


‘SEBENARNYA SUMBER MINYAK YANG ADA DI BUMI MENCUKUPI UNTUK KEGUNAAN PENDUDUK BUMI SEHINGGA BUMI INI KIAMAT...’


1. Percepatkan tarikh peralihan kuasa Kerajaan Pusat kepada Pakatan Rakyat .
Pelan pakej yang ditawarkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak merupakan pakej yang terbaik ditawarkan kepada rakyat Malaysia. Justeru formula ekonomi yang akan dilaksanakan kelak merupakan pelan yang dapat memberikan kesejahteraan dan kelegaan kepada rakyat Malaysia yang mengalami kenaikan harga minyak, barangan dan perkhidmatan yang mendadak. Dato Seri Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk menjadi Perdana Menteri ke 6 dan seterusnya mengumumkan penurunan harga minyak di Malaysia.


2. Pada peringkat global dan serantau, usaha bersepadu perlu digerakkan untuk mempelbagaikan sumber tenaga dan bahan api.
Pelan kecemasan tenaga dan sumber bahan api perlu digerakkan secara lebih giat. Usaha penerokaan sumber-sumber baru yang lebih mesra alam dan manafaat kepada manusia dan bumi perlu diwujudkan. Justeru kebergantungan kepada hanya sumber minyak yang melambung tinggi dapat dikurangkan. Kerjasama antara saintis juga perlu disepadukan untuk menghasilkan inovasi-inovasi baru.


3. Penggunaan tenaga nuklear yang selamat dan bersih.
Sumber tenaga nuklear yang selamat dan bersih boleh membantu dalam menghasilkan sumber tenaga yang berterusan. Namun yang menjadi keutamaan ialah teknolgi nuklear yang digunakan tidak akan memberikan kesan dan mudarat jika kemalangan loji nuklear berlaku.


4. Air Laut digunakan sebagai bahan api baru kenderaan.
Statistik menunjukkan 70 % bumi diliputi oleh air laut . Justeru dengan sumber alam yang banyak ini mampu untuk digunakan bagi keseluruhan kenderaan di dunia. Dicadangkan air laut adalah kerana untuk tidak menggunakan sumber air bersih yang akan menyebabkan krisis air bersih daripada berlaku.


5. Kenderaan menggunakan kuasa Hidrogen.
Kita percaya bahawa sudah ada kajian-kajian yang menunjukkan kejayaan terhadap penggunaan kuasa hidrogen dalam menggerakkan kenderaan. Namun persoalan kos dan pengagihannya perlu dikaji dengan lebih mendalam agar pengguna akhir dapat menikmati sumber tenaga ini dengan kos yang minima , efektif dan menguntungkan.


6. Harga minyak dunia perlu ditetapkan pada satu kadar yang menggunakan nilaian Dinar Emas.
Penggunaan dolar pada masa kini mempunyai pelbagai kelemahan yang ketara. Penggunaan wang kertas yang tidak mempunyai nilai intrinsik menyebabkan dunia terjebak kepada inflasi. Penggunaan nilai dinar emas yang mampu menstabilkan harga untuk jangka pendek dan panjang. Malahan kesannya juga memberikan impak positif terhadap ekonomi dunia yang lebih seimbang , makmur dan adil. Malahan dunia sebelum penggunaan wang kertas telah berjaya membawa sistem ekonomi yang lebih stabil. Kajian-kajian terhadap dinar emas ini sudah banyak dilakukan oleh pakar-pakar ekonomi dunia. Malahan pakar –pakar ekonomi dunia membuat ramalan dijangkakan pada masa akan datang Dinar Emas dan Perak akan kembali mendominasi sistem ekonomi dunia.


7. Sistem 2 hari Bekerja daripada Rumah perlu dikembangkan.


Adalah dicadangkan supaya skim bekerja di rumah perlu diadakan. Mungkin daripada 5 hari bekerja, 3 hari sahaja kita berada di pejabat manakala bakinya menyiapkan kerja di rumah . Malahan dengan kepesatan teknologi segala-segalanya berada dalam talian memudahkan untuk menghantar laporan, kertas kerja atau lain-lain dengan pantas dan efektif. Jika untuk ke tempat kerja kita mengeluarkan kos RM 15.00 pergi dan balik mungkin lebih termasuk makan dan minum. Mungkin kos sebanyak RM 30.00 boleh dijimatkan seminggu ini boleh digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih memerlukan dan boleh digunakan untuk pelaburan dan simpanan masa hadapan. Masa untuk keluarga juga akan bertambah disamping mengeratkan kasih sayang keluarga.

8. Skim Pakej Ekonomi Sumber Tenaga Solar.


Disebabkan kos untuk tenaga semakin meningkat. Pakej Ekonomi Sumber Tenaga Solar merupakan pilihan terbaik. Rumah-rumah baru yang akan dibina selepas ini diberikan satu skim keistimewaan potongan harga yang menarik untuk memasang panel tenaga solar. Malahan kawasan perumahan baru kos rendah , sederhana dan tinggi boleh melaksanakan strategi penjimatan tenaga dengan penemuan teknologi baru yang akan menguntungkan negara pada masa hadapan malahan membantu mengurangkan kesan pemanasan bumi dengan lebih berkesan.


9. Kenderaan berkuasa elektrik , solar , hybrid dan hidrogen perlu dibangunkan secepat mungkin.


Penggunaan sumber tenaga baru dalam menggerakkan kenderaan perlu dibangunkan dengan lebih giat dan bersungguh-sungguh. Kenderaan awam yang menggunakan sumber bahan ini yang lebih murah mampu untuk mengurangkan jumlah kos yang perlu ditanggung oleh para pengguna.

Jika ANDA mempunyai idea-idea dan tips-tips untuk menjimatkan minyak, perbelanjaan dan kos sara hidup sila emailkan idea dan tips anda ke : ezli007@hotmail.com