Monday, 28 January 2008

PRU 12 : HARGA MINYAK PENENTU BAKAL KERAJAAN MALAYSIA ( 2008 – 2013 )


PRU 12 : HARGA MINYAK PENENTU BAKAL KERAJAAN MALAYSIA ( 2008 – 2013 )
Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
ezli007.blogspot.com / ezli007@hotmail.com

Sokong Barisan Nasional Anda Perlu Membayar RM 726.00 untuk 300 liter petrol . Sokong Barisan Rakyat Anda hanya Perlu Membayar RM 486.00 untuk 300 liter petrol.
ANDA BOLEH JIMAT RM 240.00 ! untuk 300 liter dengan mengundi Barisan Rakyat. Bertukarlah kepada Barisan Rakyat . Masa Untuk Berubah.

Jumlah rakyat Malaysia yang layak mengundi menurut Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) setakat Jun 2007 berjumlah pada sekitar 10.3 Juta. Adalah dijangkakan apabila PRU 12 akan dilangsungkan beberapa ketika lagi jumlahnya mungkin 10.7 Juta yang layak untuk mengundi. Jumlah ini yang akan menentukan kerajaan pemerintah untuk tahun 2008 – 2013 kelak.

Di atas kertas Barisan Nasional (BN) akan menang berdasarkan faktor jumlah keanggotaan mereka kini berjumlah mencecah sekitar 5 atau 6 Juta. Manakala kakitangan kerajaan pula berjumlah 1.2 juta orang. Anggota Tentera dan Polis pula yang akan mengundi secara pos di mana tahap kerahsiaannya dipertikaikan berjumlah sekitar 300,000 orang. Dengan jumlah hampir 7.5 Juta orang bakal mengundi BN baki hanya tinggal 3.2 Juta pengundi yang dilihat sebagai pengundi dalam erti kata yang sebenarnya. Ini belum ditolak pengundi-pengundi sah yang berada dalam penjara , pusat serenti, belajar dan bekerja di luar negara, pengundi yang sudah meninggal tetapi nama masih belum dikeluarkan dan pelbagai lagi.

Kenyataan Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Badawi yang juga sudah mendapat maklumat perisikan politik bahawa BN yakin akan menang mudah pada PRU-12 ini. Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang berpengalaman memerintah Malaysia 22 tahun juga melahirkan kenyataan yang sama. Malahan penganalisis dan pemerhati politik berpandangan sedemikian juga.

Namun apakah realiti ini bakal terjadi dengan mudahnya. Tahun 2008 adalah tahun yang mencemaskan terhadap prestasi ekonomi negara dan dunia. Faktor kenaikan harga minyak dunia diramalkan melebihi USD100 segelen. Kesan kemuraman ekonomi kuasa besar dunia Amerika Syarikat juga akan mempengaruhi iklim ekonomi global. Kesannya juga akan turut dirasai oleh rakyat Malaysia sebagaimana kesan globalisasi dan liberalisasi perdagangan dunia.
Kini rakyat Malaysia berhadapan dengan realiti bahawa mandat besar BN dalam PRU-12 ini bahawa harga minyak akan naik sehingga 50 sen / liter, malahan ada penganalisis juga meramalkan setinggi 70 sen/liter. Kerajaan semasa sebenarnya terpaksa tidak menaikkan harga minyak sekarang ditakuti akan kehilangan beberapa kerusi Parlimen dan Adun kelak.

Tetapi dengan jumlah 7.5 juta yang dilihat sebagai ‘pengundi setia’ BN apakah tetap juga akan sama pendirian terhadap isu minyak dalam PRU-12 ini. Apakah juga 7.5 juta pengundi ini sudah diprogramkan dalam minda untuk tidak mengundi selain BN. Justeru itu dengan keyakinan BN akan menang besar sudah pasti tiada halangan lagi untuk kerajaan pasca PRU-12 untuk menaikkan harga petrol walaupun mencecah RM 3.00/liter.

Alasan mudah selepas ini bagi kerajaan BN. Mereka mendapat mandat daripada rakyat untuk melaksanakan apa sahaja. Jika ada protes daripada rakyat selepas ini sudah tidak akan memberikan kesan lagi. Walaupun ratusan ribu akan ke jalan raya melakukan demontrasi tanda protes belum tentu lagi kerajaan akan menurunkan harga minyak.

Kesan kenaikkan harga minyak ini membawa bencana besar kepada kehidupan , ekonomi , sosial , keselamatan dan industri di Malaysia. Malahan kesannya juga akan menjangkau segenap lapisan kehidupan samada di kota atau desa. Kenaikan harga minyak merupakan malapetaka besar kepada kehidupan rakyat Malaysia 27 Juta keseluruhannya.

Apa sahaja yang ada menggunakan petroleum akan naik !...

Kos perjalanan dan pengangkutan anda akan meningkat mendadak. Kos ini adalah untuk perjalanan anda pergi dan pulang ke tempat kerja. Menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Pergi dan balik kampung. Pergi bersiar-siar dan apa sahaja apabila anda menggunakan kenderaan yang menggunakan minyak kos akan meningkat mendadak. Bayangkan berapa banyak yang terpaksa dikeluarkan sebulan dengan gaji yang tidak seberapa hanya untuk membayar harga minyak ini sahaja.

Kos menggunakan pengangkutan awam juga akan meningkat. Pengusaha bas awam, ekspress dan sekolah pasti akan mendesak untuk satu kenaikkan harga lagi. Pengusaha Feri dan Teksi juga sudah pasti tidak dapat bertahan dalam kenaikan harga minyak sekarang. Malahan semua pengangkutan awam seperti komuter, LRT , monorel juga walaupun dilihat secara zahir tidak menggunakan minyak tetapi memerlukan menggunakan bahan sumber petroleum ini juga.

Tarif elektrik dan air juga akan meningkat . Tenaga elektrik juga menggunakan sumber petroleum dalam menjana kuasa. Pelbagai alasan akan dikemukakan kelak untuk tarif elektrik dinaikkan. Justeru kos kenaikkan ini akan ditanggung pengguna dengan menaikkan tarif elektrik negara. Pihak industri, rumah, sekolah , rumah ibadat dan apa sahaja yang menggunakan elektrik menerima kesannya. Tarif air juga akan meningkat disebabkan ia juga dijana dengan kuasa elektrik dalam sistem penyampaian bekalan air ke seluruh negara.

Kos untuk bahan makanan akan meningkat juga. Jika anda makan di kedai-kedai makan dan restoren bersedia untuk kenaikkan harga baru. Harga beras , sayur-sayuran, buah-buahan, ikan , daging ayam dan lembu serta lain-lain juga akan meningkat. Ia juga disebabkan penternak , petani dan nelayan juga terpaksa membayar kos yang tinggi untuk menyediakannya semua. Bagi petani harga baja, pengangkutan, penjagaan dan lain-lain memerlukan kos tambahan. Manakala penternak terpaksa menaikkan harga disebabkan bahan makanan ternakan juga meningkat. Pihak nelayan pula untuk pergi ke laut menggunakan minyak bagi menggerakan enjin sampan dan bot. Justeru bahan mentah dan makanan akan meningkat juga.

Produk-produk yang anda lihat di kedai, pasaraya dan lain-lain juga akan meningkat. Ini disebabkan kos pembuatan dan pengangkutan juga sudah meningkat. Semua produk yang ditinkan dan plastik menggunakan jentera yang dijana oleh elektrik. Justeru harga setiap produk yang ada akan berlaku peningkatan kos yang ketara. Industri IKS , kilang-kilang dan syarikat-syarikat perlu mengurangkan kos pengeluaran bagi mengoptimumkan keuntungan. Justeru pembuangan pekerja salah satu jalannya. Maka pengangguran meningkat dan peluang pekerjaan semakin sukar diperolehi.

Apabila kesan kenaikkan ini berterusan dan berpanjangan, maka ada rakyat Malaysia dan pendatang asing yang sumber kewangan terhad terpaksa melakukan jenayah untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung hidup. Maka kedamaian dan keselamatan sudah lagi tidak terjamin. Jenayah rompakan, ragut , curi dan lain-lain akan meningkat kesan himpitan kewangan. Rasuah juga akan meningkat, kakitangan awam seperti polis akan lebih terdedah untuk terlibat dengan rasuah disebabkan gaji yang sedia ada menyempitkan. Ini akan menjejaskan keselamatan awam.

Justeru kepada 7.5 juta yang dikenalpasti akan mengundi BN berfikirlah berkali-kali lagi selepas ini. Ini hanya sedikit gambaran yang bakal terjadi. Oleh itu dengan hanya 5 % undi protes daripada 7.5 juta sebenarnya sudah cukup untuk memberikan pengajaran berguna kepada kerajaan BN pada kali ini. Terima Kasih kepada undi protes oleh BN sendiri terhadap isu ini. Jadikan anda salah seorang yang berani menyatakan protes ini. Hanya ini yang anda boleh lakukan. Lihatlah sendiri kepada Bekas Perdana Menteri Tun Mahathir apabila mengkritik kepimpinan semasa. Beliau diaibkan dengan sebegitu rupa kini.

Kepada jentera BN diingatkan anda juga boleh menurunkan harga minyak. Pulaukan gerak kerja BN. Buat undi protes kepada BN dengan memberikan undi kepada Barisan rakyat ( Keadilan, PAS, DAP ) . Apabila BN menang dengan mandat besar maka yang mendapat kesan terbanyak juga adalah 7.5 juta bakal pengundi BN dan 27 rakyat Malaysia. Yang kaya hanya segelintir kroni dan elit-elit yang berada di tampuk tinggi yang mungkin jumlahnya tidak lebih daripada 100 orang pun. Mereka ini yang akan mengaut wang rakyat dan membiarkan rakyat terhimpit termasuk bakal pengundi BN pada PRU-12 kelak.

Kepada anggota tentera, polis dan serta yang mengundi secara sistem pos. Jadikan undi pos pada kali ini senjata yang akan menumbangkan rejim Barisan Nasional yang sudah terpalit dengan pelbagai skandal rasuah dan seks serta penyalahgunaan kuasa. Kerajaan sudah tidak lagi membela nasib anda. Kejutkan pimpinan Pak Lah daripada mimpi yang panjang. Buat perubahan untuk kali ini.

Harga minyak dunia 2008 akan terus naik . Ini ramalan ramai pakar-pakar ekonomi dunia. Malaysia masih beruntung kerana menjadi salah satu pengeluar minyak di dunia. Kenaikkan harga minyak dunia juga menjana keuntungan yang tinggi kepada PETRONAS. Oleh itu keuntungan besar ini juga wajar dikembalikan kepada semua rakyat untuk merasainya.

Malaysia tidak akan bangkrap jika menurunkan harga minyak dengan penmbahan subsidi. Yang akan menyebabkan Malaysia bangkrap adalah rasuah, penyelewengan kuasa , dan penggunaan wang rakyat tidak berhemah. Projek RM Billion-billion tetapi memberi impak yang kecil. Pelancaran koridor-koridor yang hanya memberi keuntungan kepada segelintir elit-elit dan kroni.

Memohon jasa baik semua untuk menyebarkan maklumat ini seluas mungkin. Rakyat Malaysia kini sudah bijak dan bermaklumat.

INGAT BN...INGAT BARANG NAIK.... AYUH KITA SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA BENCANA INI !

ANDA BOLEH JIMAT RM 240.00 ! untuk 300 liter hanya dengan menggunakan kuasa undi 5 tahun sekali anda untuk Barisan Rakyat pada PRU-12 ini...
MALAHAN ...

ANDA JUGA BOLEH JIMATKAN BIL AIR DAN ELEKTRIK ANDA...

ANDA BOLEH JIMATKAN WANG UNTUK MEMBELI SUSU ANAK ANDA...
ANDA BOLEH JIMATKAN WANG UNTUK MEMBELI MAKANAN SEKELUARGA...
BERTUKARLAH KEPADA KERAJAAN BARISAN RAKYAT SEGERA...

KUASA UNDI KINI TANGAN ANDA...