Monday, 21 January 2008

PRU-12 : 125 Kerusi Parlimen Barisan Rakyat Untuk Kerajaan Baru Malaysia.


PRU-12 : 125 Kerusi Parlimen Barisan Rakyat Untuk Kerajaan Baru Malaysia.
Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
ezli007@hotmail.com / ezli007@blogspot.com

‘Sokong Barisan Nasional harga minyak dan keperluan naik ! Sokong Barisan Rakyat harga minyak dan keperluan turun !.’

Ini realiti yang akan berlaku pasca PRU-12. ‘Propaganda , Penipuan dan Konspirasi’ – ( PPK ) adalah agenda utama Barisan Nasional untuk menang 2/3 kerusi parlimen. Mereka tidak akan mengutamakan kebajikan rakyat dan kualiti kepimpinan yang untuk di pilih sebagai calon. Yang mereka utamakan adalah wang Rakyat Malaysia dan habuan yang akan diagih-agihkan selepas PRU-12 umum kelak. Yang akan mendapat habuan kelak adalah mereka yang ‘melabur’ untuk kemenangan Barisan Nasional kelak.

Sebenarnya realiti untuk Kerajaan Baru Malaysia dibentuk pasca PRU-12 bukan sekadar omongan kosong sahaja. Kenyataan ini boleh diterjemahkan kelak walaupun penganalisis meramalkan sebaliknya. Tiada apa yang mustahil. Malahan kerajaan baru kelak hadir bukan untuk berkuasa di Malaysia tetapi hadir untuk menawarkan dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa serta menjadi negara jurubicara ummah ke arah ketamadunan dunia.

Kekuatan Barisan Nasional yang dikatakan sangat hebat itu sebenarnya hanyalah maya semata-mata. Wang menjadi nadi utama kekuatan Barisan Nasional. Kita percaya jika tiada faktor wang maka akan lumpuh segala genap jentera kekuatan Barisan Nasional. Tiada siapa lagi yang sanggup berjuang untuk Barisan Nasional seperti memasang bendera, merayu undi, membeli dan menyogok pengundi. Ini realiti kekuatan utama Barisan Nasional.

Maka kerana faktor wang juga Barisan Nasional akan gunakan untuk mengumpan pengundi. Nasihat kita sebagaimana nasihat mantan TPM Malaysia Dato Seri Anwar Ibrahim, rakyat perlu bijak dan pintar . Bila diberi wang dan lain-lain seumpamanya ambil tapi sewaktu mengundi pilihlah Barisan Rakyat. Jika perlu minta lebih sebab barangan masa kini dan kos sara hidup semakin meningkat. Apalah sangat sekadar diberi RM200 atau RM300 minta lebih umpama RM2000 atau RM 3000 sebab pimpinan Barisan Nasional lebih banyak menggelapkan wang rakyat Malaysia berbillion-billion Ringgit Malaysia.

Justeru Rakyat Malaysia perlu berani membuat pilihan masa depan negara. Pilih Barisan Nasional maka harga minyak dan keperluan akan naik mendadak justeru pilihlah Barisan Rakyat yang terdiri daripada parti PAS, Keadilan dan DAP sebanyak 125 kerusi Parlimen untuk membentuk sebuah kerajaan baru Malaysia pasca PRU-12. Semoga kita tamatkan mandat pemerintahan Barisan Nasional sempena Kemerdekaan Negara ke 50 ini.

Dan sempena tahun baru hijrah 1429 maka sama-sama kita hijrah daripada kerajaan lama ( Barisan Nasional ) kepada sebuah Kerajaan Baru Malaysia ( Barisan Rakyat) yang lebih adil dan saksama.