Wednesday, 23 January 2008

MANDAT BESAR KEPADA BN TANDA BENCANA BESAR KEPADA RAKYAT DAN MALAYSIA.


MANDAT BESAR KEPADA BN TANDA BENCANA BESAR KEPADA RAKYAT DAN MALAYSIA.
Mohd Ezli Mashut (LL.B Hons)
ezli007.blogspot.com / ezli007@hotmail.com


SOKONG BARISAN NASIONAL MINYAK NAIK KEPADA RM 2.42 SELITER
SOKONG BARISAN RAKYAT MINYAK TURUN KEPADA RM 1.62 SELITER

Tanda-tanda kecil akan berlakunya pilihanraya sudah lama berlaku. Kini tanda-tanda besar akan berlakunya PRU-12 satu-persatu muncul saban hari. Apabila Parlimen dan DUN dibubarkan maka bermula kempen pilihanraya secara rasmi untuk memilih kerajaan yang akan memerintah lima tahun lagi sehingga 2013.

Kenyataan Bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir meramalkan bahawa Barisan Nasional akan menang besar mengudang pelbagai tanggapan dan spekulasi. Apakah ia satu kenyataan sinis kepada rakyat Malaysia bahawa satu kemenangan besar BN akan mengundang satu petaka besar kepada rakyat Malaysia pasca PRU-12 dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Namun di pihak Barisan Rakyat sudah tentu kenyataan ini membakar lagi semangat perjuangan dalam membela rakyat Malaysia. Jentera pilihanraya Barisan Rakyat perlu melipat gandakan usaha untuk menang dalam PRU-12 ini. Umum sudah menjangkakan pada tahun ini pasti berlaku kenaikan harga minyak berdasarkan alasan kerajaan untuk mengurangkan subsidi. Justeru apabila janji Barisan Rakyat untuk mengurangkan harga sebanyak RM0.30 wajar menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk mengurangkan beban pada masa hadapan.

Jika Barisan Nasional menang besar dalam pilihanraya ini maka dengan mudahnya pasca PRU-12 ini kerajaan BN akan menaikkan harga sebagaimana spekulasi kenaikan sebanyak RM0.50 menjadi harga minyak setinggi RM 2.42 seliter. Manakala Barisan Rakyat akan menurunkan harga sebanyak RM0.30 akan menjadikan harga minyak sebanyak RM 1.62. Justeru perbezaan sebanyak RM0.80 untuk seliter dapat dijimatkan jika kita memilih kerajaan Barisan Rakyat dalam PRU-12 ini.

Bayangkan pula kesan berantaian yang akan berlaku pula dengan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.50 ini akan meningkatkan kos semua barangan dan perkhidmatan yang ada. Maka dengan gaji yang tidak seberapa kini sudah cukup membebankan apatah lagi jika realiti ini terjadi dengan mandat besar BN dengan mudah tidak akan menghiraukan lagi bantahan rakyat hatta penyokong kuat Barisan Nasional sendiri.

Kita ada pilihan terbaik sendiri yang ditawarkan oleh Barisan Rakyat ( PAS, Keadilan dan DAP) untuk menurunkan harga minyak. Dengan penurunan sebanyak RM 0.30 ini pasti akan mengurangkan kesan sampingan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan lain. Maka dengan gaji yang sedia ada juga kita dapat merasakan sedikit selesa berbanding dengan apa yang akan berlaku jika mandat besar Barisan Nasional diperolehi.

Ingatan kepada jentera Barisan Nasional, apa yang anda usahakan untuk memberi kemenangan besar kelak akan dibayar dengan kenaikan kos hidup kelak. Jika tiada protes daripada jentera Barisan Nasional sekarang anda juga terpaksa membayar harga yang cukup mahal dalam menyediakan kehidupan yang selesa untuk keluarga anda sendiri. Siapa yang membela nasib anda sendiri kelak. Lihatlah Bekas Perdana Menteri sendiri apabila mengkritik pentadbiran semasa diperlakukan dengan cara yang cukup mengaibkan apatah lagi kita semua sebagai rakyat biasa.

Kepada bakal yang akan mengundi Barisan Nasional kelak ingatlah akan petaka besar yang bakal terjadi jika mandat besar ini diberikan. Anda juga bakal menerima nasib yang sama untuk tidak dipedulikan lagi sehabis sahaja pilihanraya ini tamat.

Ayuh kita punyai pilihan terbaik kini. Kita sama-sama realisasikan hasrat Barisan Rakyat untuk menang sebanyak 125 kerusi Parlimen. Sudah tiba masanya Barisan Nasional menjejaki nasib sejarah kejatuhan kerajaan-kerajaan yang melakukan penyelewengan, rasuah dan terpalit dengan pelbagai skandal. Ini saat yang terbaik untuk kita merubah masa hadapan Malaysia yang lebih adil dan saksama.

Ingat jika SOKONG BARISAN NASIONAL , MINYAK NAIK KEPADA RM 2.42 SELITER .Jika SOKONG BARISAN RAKYAT MINYAK TURUN KEPADA RM 1.62 SELITER.

Selamatkan Rakyat dan Malaysia daripada bencana besar mandat besar Barisan Nasional.