Tuesday, 29 January 2008

ANALISIS EKSLUSIF PRU 12 : PERANG HARGA MINYAK

ANALISIS EKSLUSIF PRU 12 : PERANG HARGA MINYAK

Oleh : Mohd Ezli Bin Mashut
ezli007.blogspot.com / ezli007@hotmail.com

Sokong Barisan Nasional Anda Perlu Membayar RM 2460.00 untuk 1000 liter petrol . Sokong Barisan Rakyat Anda hanya Perlu Membayar RM 1620.00 untuk 1000 liter petrol.
ANDA BOLEH JIMAT RM 800.00 untuk 1000 liter dengan mengundi Barisan Rakyat ( Keadilan, PAS, DAP )
Bertukarlah kepada Barisan Rakyat Untuk Lebih Penjimatan Untuk Keselesaan Kehidupan Anda .
Masa Untuk Berubah .

Harga minyak global akan terus meningkat . Tekanan akan berlakunya serangan terhadap Iran dan ketidaktentuan cuaca dunia menyebabkan harga minyak berada di tahap yang tidak menentu. Arab Saudi selaku antara pengeluar minyak dunia juga menurunkan harga minyak untuk negaranya agar rakyat dapat menerima faedahnya hasil keuntungan eksport harga minyak global.

Malaysia selaku antara pengeluar minyak dan gas asli juga menerima keuntungan yang besar melalui PETRONAS. Keuntungan yang besar hasil hanya dalam eksport komoditi minyak dan gas ini telah menjana pembangunan ekonomi negara. Hasil negara juga melalui minyak kelapa sawit , industri dan perkilangan, perkhidmatan, perlombongan serta lain-lain meningkatkan lagi kekuatan ekonomi Malaysia.

Di bawah kepimpinan Dato Seri Abdullah Badawi pelbagai koridor diwujudkan dalam usaha membangunkan Malaysia. Namun projek koridor ini memakan perbelanjaan yang tinggi mencecah Ratusan Billion. Suntikan dana asing dan para pelabur antarabangsa dilihat untuk menjayakan projek koridor-koridor ini.

Persoalan kini ialah apakah rakyat Malaysia secara keseluruhannya menerima faedah terbesar daripada pelaburan besar ini ?

Pilihanraya Umum 12 adalah perang harga minyak antara Barisan Nasional dan Barisan Rakyat. Di pihak BN dilihat akan menaikkan harga minyak menurut penganalisis antara 50 sen dan 70 sen bagi seliter petrol .Manakala di pihak Barisan Rakyat bersedia untuk menurunkan sebanyak 30 sen sebaik sahaja menang dalam PRU-12 ini. Di pihak rakyat yang bijak dan pandai memilih sudah tentu akan membuat pilihan ke arah penjimatan yang bakal diperolehi daripada Barisan Rakyat.

Sebenarnya kenaikkan harga minyak yang ‘ditawarkan’ oleh Barisan Nasional pasca PRU-12 ini akan membawa bencana besar kepada kualiti hidup rakyat Malaysia 27 juta keseluruhannya. Ini disebabkan dengan purata penggunaan minyak sebanyak 1000 liter rakyat dapat penjimatan yang tinggi sebanyak RM 800.00 .

Namun sebenarnya penjimatan hasil faedah penurunan harga minyak akan dapat dinikmati lebih secara keseluruhannya.

Kenaikan harga minyak bermakna kenaikkan harga barangan keseluruhannya. Proses pembuatan produk – produk secara umumnya mempunyai kaitan berantaian dengan penggunaan petroleum. Barangan dan produk yang dikilangkan di Pulau Pinang yang akan dihantar untuk pengguna di Lembah Klang memerlukan sistem pengangkutan yang menggunakan minyak. Di sebabkan faktor ini para pengusaha terpaksa memasukkan kos tambahan ini ke dalam produk dan barangan yang dihasilkan. Maka di sini barangan yang berada dalam pasaran akan mengalami kenaikkan mendadak. Ini tidak termasuk kos pengeluaran jika tarif elektrik dan air naik selaras dengan kenaikkan harga minyak. Dan ini masih juga belum ditambah dengan kenaikkan harga barang asas dan mentah dalam penghasilan sesuatu produk.

Jadi melalui analogi di atas produk dan barangan akan naik selaras dengan kenaikkan harga minyak. Para pengusaha kilang dan IKS perlu menaikkan harga produk bagi memastikan kelangsungan perusahan dan kilang untuk terus beroperasi. Jika realiti ini tidak dapat dihadapi maka penutupan kilang dan perusahaan akan berlaku. Maka ini akan mengundang masalah pembuangan pekerja dan kenaikkan kadar pengangguran. Malahan implikasi sosial pula akan berlaku.

Justeru jika selama ini kita andaikan perbelanjaan isu rumah sebanyak RM500.00 untuk sekeluarga dengan berlakunya kenaikkan harga minyak ini maka perbelanjaan isi rumah mungkin akan meningkat sehingga RM 800.00 untuk mendapatkan produk dan barangan pada harga RM500.00 sebelum ini. Maka di sini kita perlu membayar lebih sebanyak RM300.00 untuk jumlah barangan dan produk yang sama. Maka akibat mungkin faktor kewangan yang terdesak kita terpaksa mencari barangan yang kurang kualitinya atau membuang beberapa barangan daripada senarai perbelanjaan isi rumah. Oleh itu berlaku lagi kemerosotan kualiti hidup rakyat Malaysia keseluruhannya samada di bandar atau nun ceruk di desa.

DI SINI ANDA JIMAT RM 300.00 LAGI DENGAN MEMILIH BARISAN RAKYAT

Sekarang dengan berlakunya kenaikkan minyak akan pula berlakunya kenaikkan tarif air dan elektrik. Maka para penyedia bekalan air dan elektrik yang sudah diswastakan dan dikorporatkan perlu menjana keuntungan untuk mengelakkan daripada bangkrap. Justeru kenaikkan tarif adalah hanya satu-satunya pilihan yang ada untuk memastikan pembekal air dan elektrik ini mencatatkan keuntungan. Mereka tidak akan lagi fikir untuk keselesaan rakyat kerana mereka juga terlibat dalam urusan perniagaan. Pasti tarif air dan elektrik akan naik mendadak.

Jika sebelum ini anda membelanjakan purata RM 100.00 sebulan untuk elektrik maka dengan kenaikkan 10% sahaja maka anda perlu membayar RM110.00 sebulan . Maka untuk setahun anda perlu membayar sebanyak RM 1320.00 berbanding RM 1200.00 setahun sebelum ini. Andaian ini mungkin untuk rumah yang tanpa penghawa dingin dan isi rumah seramai 5 orang yang cermat menggunakan elektrik serta barangan elektrik yang minimum.

MAKA DI SINI ANDA BOLEH JIMAT LAGI SEBANYAK RM120.00

Bagaimana pula dengan kenaikkan tarif air . Andaian penggunaan anda selama ini RM100.00 sebulan maka dengan kenaikkan 10 % maka perkiraan di atas boleh di ambil kira.

MAKA DI SINI ANDA BOLEH JIMAT LAGI SEBANYAK RM120.00

Apa lagi yang akan naik . Bayaran TOL akan naik pula di seluruh lebuhraya. Alasan yang akan digunakan ialah mungkin perjanjian konsesi yang sudah ditandatangani dan kenaikkan perbelanjaan pengurusan. Seluruh lebuhraya yang ada di Malaysia menggunakan elektrik untuk lampu-lampu yang ada di sepanjang lebuhraya. Kenaikkan harga minyak bermakna akan berlaku kenaikkan harga elektrik maka yang ada menggunakan tenaga elektrik pasti akan menaikkan kos.

MAKA DI SINI JUGA ANDA BOLEH MENIKMATI PENJIMATAN

Bagaimana pula dengan gula , tepung dan minyak masak. Walaupun ia barangan harga kawalan tetapi sejauh mana ia dapat bertahan. Yang akan ditonjolkan ialah masalah penyeludupan dan penyorokkan. Tetapi andai kita fikir dan lihat di media berapa banyak yang ditangkap sehingga dikatakan ia adalah punca kekurangan bekalan. Apabila harga gula , tepung dan minyak masak naik maka apa sahaja yang ada menggunakannya walaupun pada kuantiti yang sedikit juga akan mengalami kenaikkan. Justeru roti canai, roti, pisang goreng, kerepek , makanan ringan kanak-kanak, jus minuman pelbagai perisa, kuih muih, nasi lemak dan pelbagai lagi juga akan naik.

MAKA DENGAN MEMILIH BARISAN RAKYAT ANDA BOLEH JIMATKAN WANG ANDA.

Justeru apa yang didedahkan ini adalah gambaran yang pasti berlaku dan bukan ramalan semata-mata. Kenaikkan minyak akan mendesak pelbagai kenaikkan lagi. Buktinya 2007 lepas kita tidak henti-henti dengan pelbagai kenaikkan selepas kerajaan Barisan Nasional menaikkan harga minyak sebanyak 30 sen. Justeru kenaikkan lagi 50 sen atau 70 sen pasti bencana besar untuk kehidupan 27 rakyat Malaysia.

Kepada jentera BN yang membaca analisis ekslusif ini masihkah anda bersungguh-sungguh dengan gempur anda ? Kesungguhan anda menggempur ini akan dibayar dengan digempur pula oleh bencana kenaikkan harga minyak. Undi protes daripada ahli gabungan BN dapat menyedarkan lamunan lena pemerintahan Rejim Pak Lah & CO. Jika pilihanraya pada bulan Mac ini maka April 2008 maka bermula rentetan kenaikkan pelbagai barangan dan perkhidmatan sepanjang masa. Yang menerima kesannya juga adalah anda semua. Usah menyesal di kemudian hari kelak kerana memangkah BN.

Kepada kakitangan kerajaan 1.2 juta orang yang sekarang diwar-warkan untuk imbuhan RM2000.00 seorang . Analisis jumlah kenaikkan harga barangan anda melebihi apa yang anda perolehi. Justeru dengan undi protes kakitangan kerajaan boleh membuatkan lena panjang pemerintahan BN ditamatkan. Buat perubahan demi masa hadapan kehidupan anda dan negara. Kakitangan kerajaan adalah tunjang negara yang wajar dihormati dam disanjung tinggi pengorbanannya.

Kepada anggota tentera dan polis serta Cawangan Khas yang akan mengundi secara pos. Terjemahkan kehebatan, keberanian dan kekuatan anda dengan undi pos kepada Barisan Rakyat. Anda adalah wira rakyat Malaysia yang mempunyai keberanian luar biasa jika melakukan perubahan besar ini. Jasa anda ini akan terpahat dalam lipatan sejarah perjuangan pejuang-pejuang negara masa hadapan. Jadikan anda salah seorang yang memahat kejayaan perjuangan ini.

Kepada anda yang sedang membaca ini sebarkan maklumat ini seluas mungkin. Ini adalah REALITI YANG AKAN BERLAKU. Anda merupakan PEJUANG SIBER rakyat Malaysia dengan senjata e-mail dan blog anda. Ini adalah zaman Flat World sebagaimana buku oleh Thomas Friedman.
BARISAN NASIONAL NAIK ...HARGA BARANGAN NAIK
PILIH UNTUK PENJIMATAN WANG ANDA...
RAKYAT MALAYSIA SUDAH SEMAKIN BIJAK DAN PINTAR KINI...
BARISAN RAKYAT PILIHAN KAMI...